m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, November 12, 2012

Selamat menempuh tugas baru, Pak Tib

Pada 2 hb November 2012, kami menghadiri satu jamuan farewell untuk kawan kami - Pak Tib. Jamuan dibuat di Restoran Mak Tim kat Keramat. Aku rasa mungkin ada dalam tiga puluh orang atau lebih kengkawan yang datang. Maka semua kengkawan tu pun bersembanglah dengan rancaknya. Aku sekeluarga datang agak lewat. Target kami cuma satu - untuk menduga kesedapan daging kambing golek Mister Arif. Kambing golek Mister Arif memang telah diketahui umum sangat sedap rasanya, mengalahkan kehebatan kambing-kambing lain di hotel-hotel terkemuka dunia.


Baru habis makan.
Aku memang jenis tak banyak sembang. Tapi aku jenis yang banyak makan. Mataku tak putus-putus menjeling ke arah kambing yang telah dipanggang tadi. Nampak macam banyak lagi. Lalu aku pun ambil lagi sikit, dan makan lagi. Setelah seketika, aku jeling lagi. Oh! Ada lagi lah! Aku pergi lagi ke arah kambing. Ambil lagi. Makan lagi. Sampaikan naluri kekambingan itu meresap ke jasadku. Aku dan kambing, bagaikan satu. Dan setelah perutku mengembek tanda sudah terlalu kenyang, barulah aku berhenti menerpa ke arah kambing. Pekena teh tarik secawan, dan aku pun berasa sangat kenyang.

Dua oang brader yang membuatkan kami happy.
Azahar Rani dan Bakri - turut hadir.
Aziz dan Sani memberi support kepada Pak Tib.
Roslan juga ada di sana.
Suasana makan-makan dan borak-borak yang sangat meriah.
Pak Tib sedang berbicara secara intelektual dengan En Rahman.
Masing-masing serius mendengarkan tazkirah malam Sabtu.
Berbual sakan setelah perut kenyang.
Aku biarkan yang lain rancak berbual. Aku dan seluruh keluarga ku lantas mengucapkan terima kasih kepada Pak Tib kerana membelanja kami makan, dan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan semua orang, di hari yang mulia ini... (Eh, macam lirik lagu raya lah pulak). Sesudah tu, kami pun pulang dengan perasaan bangga, kerana kami telah berjaya menguasai kambing yang hebat itu. Kepada Pak Tib sekeluarga, kami ucapkan selamat maju jaya dan cemerlang menempuh suasana pekerjaan yang baru.

Bani menceritakan pengalamannya ketika menyokong England dalam bolasepak Piala Copa America.
Juanih, Pak Tib dan En Rahman.
Dah masuk round ke-10 menjamah kambing golek.

No comments:

Post a Comment