Entah minggu ke berapa, permainan badminton di kalangan keluarga kami teruskan jugak seperti minggu-minggu sebelumnya. Dan sambutan memang memberansangkan. Antara yang hadir termasuklah Faiisal, Taufik, Faridz, Ali, Kois, Ardi, Zila, dan Abang Zai. Macam biasa, ada kalanya mutu persembahan kami cemerlang. Dan ada kalanya orak langkah kami sumbang-mambang tak keruan. Tapi aku tak berhajat nak men-detail-kan sessi permainan kami. Jom kita terus ke meja minum, sejurus selepas permainan badminton di dewan selesai.
|
Faridz, Taufik dan Faiisal. |
|
Faridz, Taufik, Ali dan Faiisal. |
Kami terus ke gerai biasa yang terletak berhampian. Kami tak order makanan, sekadar order air minum aje. Aku, Kois dan Faiisal membuat pesanan yang sama. "Dik, bagi air kelapa dalam buah kelapa, tiga bijik. Satu letak ais dan gula. Satu lagi letak ais, tapi tak nak gula. Dan yang satu lagi, nak gula, tapi tak nak ais". Pesanan kubuat ringkas. Dan kami pun menunggulah dengan sabar sambil bersembang bagi mengisi ruang masa.
Agak lama kami menunggu. Berkali-kali kami tanya, di mana air yang kami pesan tadi? Dan pelayan gerai menjawab, sedang disiapkan. Yang lain kami lihat sedang santai menikmati minuman masing-masing. Dan kami bertiga pulak masih menunggu minuman tiba. Ini tidak adil!!! bentak hati kami. Aku sendiri berasa hairan kenapa susah sangat nak siapkan air kelapa yang aku nampak buahnya banyak berlonggok kat suatu sudut gerai. Memang aku dan Faiisal dan Kois sangat musykil. Kenapa ya???
Setelah beberapa jam menunggu, barulah pesanan kami dibawa ke meja. Siap berbungkus lagi, dengan surat khabar lama. Hairan jugak kami. "Kenapa dibungkus?" tanya Kois. Faiisal merenung wajah pelayan gerai, mengharapkan jawapan diberikan. "Takut. Mengerikan. Nanti bukaklah sendiri bungkusannya," kata pelayan gerai dalam keadaan gementar, dan bergegas beredar dari situ.
Kami bertiga yang memang dah sangat kehausan setelah sangat penat bermain badminton bermati-matian sebentar tadi, lantas dengan segera menyelak surat khabar lama yang membungkusi minuman kami. Sejurus bungkusan dibuka, kami terus terkejut, termuntah, terpitam, dan terpengsan untuk seketika. Di atas meja terhidang tiga biji kepala tanpa tubuh, dipercayai milik warga asing yang kami tak pasti kewarganegaraannya. "Air apa ni?!!" jerit Faiisal. Pelayan gerai warga Indon yang berada di dapur menyahut, "Katanya tadi mau air kepala..." Aaaaaaargghhhhh...!!! "Bukan air KEPALA lah. Air KELAPA!!!!" teriak kami bertiga serentak. Tuan gerai keluar dari dapur dan menjelaskan, "Maafkan pelayan kami tu tadi. Pendengarannya memang out sikit." Adoi! Macam tu pun boleh jadi? Setelah tiga bijik kepala tadi disingkirkan dari meja, barulah kami dihidangkan dengan air KELAPA pulak, sepertimana yang kami pesan.
|
Faridz, Kois dan Faiisal menanti minuman yang dipesan. |
|
Bersama Ardi - the botak gang. |
|
Akhirnya, Kois dan Faiisal dapat jugak menikmati keenakan air KELAPA. |
|
Bersama air KEPALA, oops... maksud aku air KELAPA. |
No comments:
Post a Comment