Aku baru je balik dari satu presentation kat client. Bukan aku yang present pun, tapi boss aku. Client, contractor, lead consultant, semua suka presentation tu. Jadi boss aku pun jadi happy sama. Job well done! Tapi bukan aku yang buat kerja pun. Tapi staf lain kat ofis aku yang terpaksa berjaga malam dan bermastautin kat ofis yang buat semua kerja dengan sempurna. Aku sekadar jadi bodyguard kepada boss aku. Tu aje. Ke hulu ke hilir aku ikut boss aku.
Jadi sempatlah kejap aku menyelak laman blog aku yang dah seketika aku tinggalkan pasal terlalu terikat dengan kerja. Aku nak cerita pasal badminton lagi. Aku harap you alls don't mind. Ini cerita badminton zaman Tok Kaduk dulu sebenarnya. Ada satu minggu tu, masa kami datang main, punyalah ramai orang kat dewan. In fact, tempat kami booking pun diorang dah siap ikat net. Tapi kami kata court tu kami dah booking. Jadi net yang diorang pasang tu terpaksalah mereka bukak balik. Rupanya ada kisah di sebalik orang ramai tu. Geng regular kat dewan tu nak buat friendly match dengan satu geng pelawat dari luar. Memang ramai sungguh! Kami cuma nengok dari jauh je. Geng tuan rumah memang sangat hebat. Tapi geng pelawat lebih-lebih lagi hebatnya.
Abang Zai sedang menyaksikan perlawanan persahabatan yang sengit kat court sebelah. |
Kami biarkan mereka terus main. Kami pulak buat hal sendiri - main badminton sesama kami. Tapi standard kami memang jauh lebih rendah dari geng court sebelah. Macam budak universiti dengan budak tadika. Memang! Dengan kehadiran dan keriuhan dari court sebelah, performance kami semakin merudum. Semakin teruk tergolek. Boleh dikatakan, kami macam tak boleh main langsung. Terasa terganggu dengan crowd yang sebegitu banyak. Barulah kami faham kenapa players Malaysia satu masa dulu sangat gerun kalau main badminton dekat Stadium Senayan, Jakarta. Secara moral dan mental memang akan terganggu.
Akid turut hadir memeriahkan gelanggang. |
Hari tu jugak menyaksikan Faiisal dapat reket baru. Abang Zahid yang belikan untuk Faiisal. Serba kuning warnanya. Dari frame, tali serta grip, semua warna diraja. Amat menyilaukan. Faiisal baru angkat reket aje, players lawan akan terpaku bak kilauan emas reket Faiisal. Sebab tu Faiisal dengan mudah menundukkan pihak lawan. Semua angkara reketnya yang bak pancaran laser tu. Tetapi......... Ada rahsia mistik di sebalik reket Faiisal tu rupanya. Ketika gambar reket Faiisal diambil, kami ternampak satu lembaga sedang duduk bertapa kat belakang reket milik Faiisal itu. Mungkinkah ini rahsia di sebalik kemenangan Faiisal yang berpanjangan itu? Tak taulah kami. Namun demikian, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.....
Misteri: Lembaga apakah di sebalik reket Faiisal? |
No comments:
Post a Comment