Dalam bulan Oktober jugak ada hari jadi anak aku, Wanie. Kebetulan hari jadi dia jatuh pada hujung bulan Oktober. Satu hari tu aku terdengar Wanie menyanyikan lagu Happy Birthday ciptaannya sendiri. Lagu 31 Ogos dendangan Allahyarham Sudirman telah ditukar liriknya kepada, "Tanggal 31, bulan sepuluh, dua ribu satu..." Aku rasa lagu tu sangatlah catchy.
|
Kek hari jadi Wanie. |
|
Wanie excited, tapi tak tau macam mana nak react. |
Jadi pada hari jadi Wanie, ibu aku telah membuat kek cokelat. Isteri aku buat writing decoration. Dan semua orang berkumpul dan kami pun menyanyikanlah lagu birthday untuk Wanie versi lagu Merdeka. Kelakarlah pulak jadinya. Anyway, semua orang gembira. Lepas potong kek, tiba-tiba Amier ajak semua orang pergi ke depan, ke ruang tamu. Dia nak bergambar ramai-ramai. Okay-lah. Kami ikutkan aje kehendak dia. Lepas bergambar, kami pun makanlah kek cokelat yang sedap tu. Oh, by the way, hari jadi Wanie disambut lewat tiga hari. Kami terlalu sibuk untuk menyambutnya lebih awal. Makan malamnya, kami order ayam goreng KFC.
|
Wanie dan kek hari jadi. |
|
Wanie terkedu bila kami menyanyikan lagu Happy Birthday versi lagu Merdeka. |
|
Amier, isteriku dan Wanie. |
|
Semua yang ada meraikan Wanie. |
|
Wanie potong kek. |
|
Mother to daughter, mother to daughter... |
|
Ibu aku nak potong kek. |
|
Acara mengagih-agihkan kek. |
|
Bergambar ramai-ramai ni Amier punya idea. |
|
Amier sangat teruja. |
|
Last shot of the night. |
No comments:
Post a Comment