Hari Raya Haji Aidiladha pada 10 Zulhijjah memang telah berlalu agak lama dahulu. Tapi ada beberapa kisah yang tak sempat aku kisahkan. Hari raya tu jatuh pada hari Jumaat. Pagi, setelah solat sunat Aidiladha, kami ke Kampung Baru melawat makcikku, Wak Chong. Kami kat situ pun tak berapa lama, pasal nak balik solat Jumaat kat Ampang.
|
Wanie dan Sabriena sesudah makan laksa Johor. |
|
Mendengar Kak Yati bercerita pasal drama Adam & Hawa ketika kami menjamu selera. |
Lepas Jumaat, kami bergegas ke rumah Kak Yati di Cheras-Kajang. Kami sampai awal. Aku rasa yang paling awal. Dengan berbekalkan perut kosong dan mulut yang menganga, kami terus menghala ke dapur untuk mengambil makanan yang terdiri dari laksa Johor special dan soto special yang memang telah terjamin kesedapannya. Macam rumah sendiri, aku tanpa segan silu makan dan terus makan, dan terus-menerus makan dan makan lagi berkali-kali. Oops! Perutku sudah membuncit. Aku kena stop sekarang. Barulah aku stop makan.
|
Makan dessert sesudah main course. |
|
Syahmie mencedok kuah soto ke dalam mangkuk. |
Kami pulang dengan perasan gembira hati kerana dapat makan makanan kegemaran kami secara percuma dengan layanan first class oleh Kak Yati sebagai host. Terima kasih Kak Yati sekeluarga. Okay, lepas ni kami akan menuju ke rumah kakak iparku pulak, Kak Long kat Kepong. Chow dulu!
|
Antara juadah yang disajikan kepada tetamu. |
No comments:
Post a Comment