Nama pun majlis campuran. Maka bercampur-campurlah segala majlis diadakan pada hari yang sama, tempat yang sama, menu yang sama, dengan host yang sama jugak. Selepas semua majlis baca doa, marhaban, berzanji selesai, kami keluarkan pulak tiga biji kek yang terhias cantik, dan diletakkan di atas meja untuk tatapan umum. Di atas salah satu kek tu tertulis frasa "Happy Birthhday". Maknanya nak sambut hari jadilah. Jadi semua yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan September, beraturlah keliling meja untuk diraikan. Aku sepatutnya join sekali. Tapi aku nengok yang bersusun kat tepi meja tu semuanya orang perempuan, jadi aku tak jadi nak join. Aku jadi tukang ambil gambar pun jadilah.
|
Tiga biji kek hari jadi. |
|
Kak Ogie melantik dirinya menjadi pengacara majlis versi sambutan hari jadi. |
Kak Ogie jadi pengacara majlis menjemput semua ahli keluarga yang lahir pada bulan sembilan (September) datang menghampiri meja kek. Bukan saja ahli keluarga yang dijemput, malah para tetamu, para penduduk kat taman Ukay Height tu, jugak para pemandu kenderaan yang lalu lalang kat MRR2, asal lahir bulan sembilan aje, kami jemput diorang join sekali. Maka berpusu-pusulah orang ramai yang entah dari mana datangnya, nak join sambutan hari jadi bulan sembilan. Jumlahnya tak terkira. Pakai calculator pun tak boleh nak ditentukan jumlahnya.
|
Tak sabar-sabar nak potong kek. |
|
Antara yang meraikan hari jadi bulan sembilan. Cuba nengok, semua perempuan kan? |
Lalu kami nyanyilah lagu "Allah Selamatkan Kamu" beberapa kali sampai semua tetamu naik bosan. Lepas tu barulah kek dipotong oleh orang-orang yang diraikan. Sampai lumat kek tu dipotong, dicincang, ditetak. Sampai dah tak rupa kek. Lepas tu semua orang makan kek. Sebelah petang sikit, Makcik Norizan datang bertamu. Dia bawak sebiji kek cokelat yang hebat enak rasanya. Aku letakkan sekali dengan hmpunan kek-kek yang lain.
|
Masing-masing puas hati dengan nyanyian kumpulan koir, mendendangkan lagu "Allah Selamatkan Kamu". |
|
Giliran Nana memotong kek dengan penuh konsentrasi dan emosi. |
No comments:
Post a Comment