Setelah habis musim raya, aku sempat jugak buat booking untuk main tenis di gelanggang Titiwangsa dengan geng-geng senior ku. Aku turun ke gelanggang dengan penuh semangat waja. Dan ada kalanya bersemangat satria. Atau semangat juara, dan yang paling latest sekali, aku turun bersemangat exora.
Sejurus court di-booking, aku terus meng-sms kengkawanku. Ada yang kata insya-Allah. Ada yang sekadar menjawab ok. Ada yang kata ada kenduri kahwin. Malah ada juga yang tak memberi sebarang respond. Aku sendiri tak tahu berapa ramai yang ada kelapangan pada tarikh dan masa yang telah aku tempah.
Pada hari permainan, yang turun main cuma aku dan Abang Haji Nordin. Yang lain tak dapat hadir atas urusan yang lebih penting. Tak ada pilihan lain, aku terpaksa berentap dengan Abang Haji Nordin dalam acara single. Atas kertas, aku akan kalah teruk. Dan atas gelanggang, memang aku kalah teruk pun. Oleh kerana dah terlalu lama tak main, yang paling terjejas teruk ialah stamina aku. Dan sudah tentu pukulan forehand dan backhand semuanya dah jadi lintang pukang. Tak apa. Kita mulakan balik pelan-pelan, sampai pandai.
Dengan Abang Haji Nordin - kawan, sifu dan mentorku. |
No comments:
Post a Comment