Dah berkurun jugak aku tak buat regular booking untuk main badminton dengan sanak saudara. Aku ada sebab-sebab aku tersendiri. Tapi saudara mara aku yang memang berharap pada aku terpaksalah akur dan ikut rentak aku. Kalau aku tak buat booking, maka tak dapatlah mereka turun ke gelanggang untuk main badminton. Banyak kali juga aku diajukan soalan oleh sama ada biras-biras ku atau anak-anak buahku, "Bila nak start main badminton balik?" Aku tak memberikan jawapan. Sekadar mencongak-congak, memikirkan waktu yang sesuai untuk kembali aktif bersukan. Aku rasa ada dekat setahun jugak kami off dari main badminton kat dewan yang terletak dekat dengan rumah aku tu.
|
Antara orang yang paling gembira dapat beraksi semula di court - Abang Zahid dan Abang Zai. |
|
Syahmie turut join main badminton di bulan Syawal. |
Setelah masuk Syawal, setelah puas beraya dan menebalkan lapisan lemak tepu dalam badan, akhirnya aku telah membuat satu kepusan yang besar, untuk memulakan balik aktiviti mingguan kami, iaitu membakar lebihan lemak pada badan secara besar-besaran. Aku pergi ke MPAJ, buat booking, dan sms kat semua orang akan jadual badminton pada bulan itu. Semua sanak-saudaraku gembira mendapat berita yang aku sampaikan.
|
The blue warriors - Ali, Faridz, Kois dan Taufik. |
Pada hari yang telah dijadualkan, ramai jugak ahli keluarga turun gelanggang. Semua datang dengan semangat berkobar-kobar, dan sangat teruja. Memang matlamat semua adalah sama. Lemak tepu perlu dibakar, habis-habisan. Kami siap panggil anggota bomba untuk stand-by sekiranya api yang membakar lemak tu merebak ke kawasan-kawasan lain, seperti ke rumah-rumah jiran atau ke kedai-kedai berdekatan. Permainan kami memang teruk. Maklumlah, tangan dan sendi dah keras macam kayu. Kena start balik dari awal macam zaman mula-mula kami main badminton dulu. Yang aku nengok agak okay permainannya waktu tu cuma Kois, Abby dan Taufik jugak. Mungkin mereka ada buat secret training masa kami bercuti dari main badminton dekat setahun lamanya. Welcome to the court wahai geng-geng badminton, saudara-maraku.
|
Ke kedai mamak setelah habis main badminton. |
|
Kedai mamak ni tutup awal pulak. Terpaksa kami keluar ikut pintu belakang masa balik. |
|
Semua gembira pasal dapat main badminton, setelah sekian lama menanti. |
No comments:
Post a Comment