Sorry-lah kepada semua pembaca. Korang mesti dah naik muak aku dok cerita pasal badminton dari hari ke hari. Sepatutnya tak macam ni. Sepatutnya kisah badminton ni aku ceritakan cuma sekali seminggu aje. Akibat sibuk kerja, jadual sudah lari daaa... Kalau korang tak nak baca, korang nengok ajelah muka jejaka-jejaka hensem dan bergaya ni.
Semakin lama kami main badminton, semakin panaslah daya permainan kami. Ada jugaklah improvement dari masa hari pertama kami main lepas raya hari tu. Yang muda-muda nampak gayanya menampakkan "peningkatan" yang memberangsangkan.
Choop kejap! (Entah kenapa aku pun tak tau. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu dari perkataan PENINGKATAN = PENING + KHATAN. Mula-mula pening. Lepas tu terus kena khatan. Kah kah kah. Jadi, next time kalau orang kata korang ada peningkatan, jaga-jagalah. Mungkin maksud diorang tu ialah "Pening + Khatan".)
Dengan kehadiran pemain dari pelbagai lapisan umur, dan berbagai lapisan kerak bumi, gelanggang nampaknya semakin meriah. Cuma main tu kurang puaslah sikit. Satu orang cuma dapat main dalam dua set aje nampak gayanya.
Sementara Kois, Faiisal dan Ali asyik bermain badminton, Abby pulak sibuk menjaring ikan di longkang tepi dewan. |
Sebagai jurulatih, aku telah mengerahkan anak-anak buahku untuk membesarkan otot lengan - sebesar peha badak air Afrika. |
No comments:
Post a Comment