Sedang jemaah wanita asyik membaca marhaban dan berzanji, tibalah anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah di Bukit Indah. Kira-kira ada tujuh belas orang semuanya. Terus mereka kami jemput masuk dan duduk bersama-sama dengan jemaah kaum ibu tadi. Setelah bacaan marhaban dan berzanji selesai, barulah kami jemput semua anak yatim tadi untuk beratur bagi mendapatkan sedikit cenderahati kerana kesudian mereka hadir ke majlis kami.
Anak-anak yatim dari Bukit Indah baru sampai. |
Jom masuk rumah. |
Kira-kira tujuh belas orang anak yatim semuanya. |
Masing-masing malu-malu bila tiba di sini. |
Anak-anak yatim sedang menumpukan perhatian dengan bacaan jemaah wanita. |
Bacaan doa. |
Ayah Atan tolong bagi sampul raya berisi duit kepada kanak-kanak yatim tadi. Sementara ayahku menghulurkan sejumlah wang yang merupakan sumbangan buat Rumah Kasih Nurul Hasanah tadi. Lepas tu kami jemput mereka makan. Nampak mereka sangat enjoy dengan sajian yang dihidangkan.
Ayah Atan sedang mengagihkan duit raya kepada anak-anak yatim. |
"Terima kasih, atuk". |
Satu orang dapat satu bungkus. |
Masing-masing mendapat habuan masing-masing. |
Sumbangan diberikan kepada penjaga pusat anak yatim. |
Anak-anak yatim sedang menjamu selera. |
Sedap jugak nasi beriyani kambing ni. |
No comments:
Post a Comment