(Sambungan kisah Azlimi dilamar orang...)
Rombongan pihak lelaki, Azlimi, telah dipersilakan masuk oleh pihak perempuan. Jadi kami pun masuklah ke dalam rumah secara beramai-ramai, dan terus duduk di atas lantai. Mak dan ayah aku yang sakit-sakit kaki tu pulak, duduk di atas kerusi. Dan upacara pun bermulalah.
Barang hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. |
Wakil pihak perempuan, yang aku dah lupa namanya, tapi mukanya nampak so familiar, memulakan bicara,
"Tangkap penjenayah berbadan katik,
Ditembak polis, di kaki kiri,
Saudara saudari berpakaian cantik,
Apa hajat datang ke mari?"
Pakcik Udin yang terkejut bila diajukan pantun sedemikian, terus aje mencapai notanya dalam keadaan gabra yang berkajang-kajang tersimpan dalam kocek baju. Dan lantas Pakcik Udin menjawab,
"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah......."
Secara bingkas aku menepuk peha kanan Pakcik Udin sebelum sempat pantun dihabiskan, dan lantas berbisik kepadanya. "Pakcik Udin, itu salah notalah..." Pakcik Udin tersentak. Dan dia mencapai satu lagi nota di kocek lain pulak. Membeleknya terdahulu, dan terus membaca...
"Duduk di serambi sambil bersembang,
Selepas bersembang, bersalam-salaman,
Kami bertandang di pihak sang kumbang,
Ingin menyunting kembang di taman."
Dan upacara berbalas pantun dan menyampaikan hajat pun dilangsungkan dengan sangat lalncar selepas tu. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akhirnya setuju diikatkan tali pertunangan di antara kedua insan yang sedang bercintan-cintun ni. Maka hantaran tiga dulang pihak di Azlimi, dibalas pulak dengan lima dulang oleh pihak perempuan. Kemudian doa diacakan oleh salah seorang kerabat pihak perempuan sebelum kami semua bergambar bersama-sama. Ibu Azlimi turut menyarungkan cincin berlian ke jari manis pihak perempuan. Berbalik kepada wakil pihak perempuan tu, sebenarnya beliau adalah bekas OCPD Petaling Jaya. Ooohhh... patutlah nampak familiar...
Pihak perempuan sedang mengatur strategi. |
Jurufoto profesional melakukan kerja secara profesional jugak. |
Pakcik Udin mengeluarkan nota yang berkajang-kajang panjangnya, macam buku novel. |
"Nah hadiah ni, saya bagi kat awak", kata ayah kepada pihak perempuan. |
Doa dibacakan oleh salah seorang dari yang ada kat gambar ni. Cuba teka yang mana satu. (Jawapan: yang sedang duduk di atas kerusi). |
Pengantin perempuan, Ana. |
Ber-posing untuk kamera. |
Makcik Norizan sedang menyarungkan cincin di jari manis tangan kanan Ana. |
Sah! Cincin tunang telah disarungkan. |
Bergambar dengan adik Azlimi pulak. |
Pengantin perempuan bersama dua orang adik Azlimi - Wati dan Naimah. |
Kami terus aje ke kafeteria berhampiran. Dan aku duduk bersama OCPD tadi dan bersama orang-orang tua yang lain. Sambil tu, aku melayan makanan yang pelbagai yang terhidang secara buffet. Semasa makan, bekas OCPD sibuk bercerita pasal jenayah, pasal politik dan pasal hal-hal yang berunsur kenegaraan. Aku tumpang dengar, walaupun tak jelas. Memang menarik ceritanya.
Mantan OCPD PJ sedang membuka cerita. |
Sedapnya menjamu selera. |
Semua kaum ibu duduk satu meja. |
Selepas puas makan, kami bergegas balik ke rumah. Kami perlu solat asar segera. Pihak keluarga sebenarnya masih ada sessi bergambar di antara kedua-dua famili. Tapi kami tak dapat join. Azlimi dan pasangannya, Ana (kalau tak silap aku), nampak sama tinggi, sama lawa dan sama padan. Semoga perkahwinan mereka yang dijadualkan pada awal tahun depan dapat berlangsung dengan lancarnya.
Pasangan tunang romantik - Ana dan Azlimi. |
No comments:
Post a Comment