Majlis campuran ini bermula secara beransur-ansur. Mula-mula kaum keluargalah yang memeriahkan suasana tempat kenduri ni. Sebelum tetamu datang makan, ada di antara kami dah makan dulu. Masing-masing dengan tugas masing-masing. Ada yang siapkan hidangan nasi beriyani, ada yang sapu lantai, ada yang jadi coordinator, dan ada yang jadi penyembang agar suasana terus meriah dan happening.
 |
| Kois dan Faridz menanti tetamu bagai menanti buah tak gugur. |
 |
| Dua orang partner tadika Kidz Cabin - Teacher Zarida dan Teacher Fatimah. |
Wife aku yang menjadi penyimpan wang collection telah mengagih-agihkan duit untuk diberikan kepada tetamu tertentu yang hadir, seperti group marhaban, group tahfiz, dan kumpulan anak-anak yatim. Sorang dapat sikitlah. Buat syarat.
 |
| Wife aku sedang mengagih-agihkan duit collection. |
 |
| Makan dulu sebelum bagi orang lain makan. |
 |
| Faiisal, Syauki dan Ika sedang menyediakan hidangan nasi beriyani kambing. |
 |
| Nana menyapu lantai supaya para tetamu ibu-ibu berkenan untuk menjadikannya menantu. Hi hi hi... |
 |
| Faiisal, Hidayat dan Kois sedang rehat selepas penat bekerja. |
 |
| Kita minum dulu!!! |
 |
| Kak Esah, Abang Leman dan Yaya memastikan makanan terhidang kemas untuk para tetamu. |
Sementara menanti tetamu datang, kami duduk melanguklah sambil berbual sesama sendiri. Kalau tak ada modal nak berbual, masing-masing nengok muka masing-masinglah sampai bosan. Lepas tu boleh nengok siling rumah pulak. Atau nengok kawanan monyet kat laman pun kira menarik jugak.
 |
| Jiranku, Abang Ibrahim datang awal. Sedang bersembang bersama ayah-ayahku. |
 |
| Kak Piah - pakar buat air teh tarik. |
 |
| Kakakku bersama Kak Ita. |
 |
| Bila dah lama sangat duduk bersebelahan, modal bercerita pun dah habis. |
 |
| Kakakku bersama Ustazah Maharum. |
 |
| Ali menjaga kasut. Masa Ali kat sini, semua kasut tersusun rapi. Bila Ali beredar, semua kasut bersepah-sepah tak tentu arah. |
No comments:
Post a Comment