Okay. Ini Entry yang last bagi tajuk "Majlis Campuran". Memang ramai sungguh orang yang datang. Maka banyaklah gambar yang aku ambil supaya semua wajah masuk dalam blog. Itu pun banyak yang blur kabur, terpaksa aku delete. Maklumlah, aku bukan photographer yang pro.
|
Puan Elvi dan pasangannya. |
|
Keluarga Ikmal. Rupanya Ikmal memang hantar anaknya kat tadika ni. |
|
Adam sedang menikmati keenakan cokelat pink yang luar biasa. Kamil sekadar memandang. |
Antara para tetamu yang datang masa last-last minute ialah Haji Noris Dickson, Paman Jai dan Bibik Saodah, Abang Long Petaling, serta adikku jugak. Masa tu banyak jugak makanan yang dah habis. Nasib baik jugak kami ada reserve sedikit kambing golek untuk mereka rasa. So, dapatlah mereka merasa barang sedikit. Brader yang masak char kue tiau tu sebenarnya dah packing nak balik rumah. Tapi kami siap merayu-rayu supaya dia sambung kontrak dengan kami untuk beberapa tahun lagi. Setelah buat counter offer yang agak lumayan, barulah dia setuju untuk stay lebih lama lagi. Masih ada tetamu yang bertandang untuk kami jamu. Time tu, geng bakar kambing golek dah balik settle dah.
|
Hidayat dan Nadia - dah penat betul. |
|
Keluarga Sani van Persie. |
|
Makcik Mini dan Hani. |
|
Faiisal sedang babysit Adrian. |
Aku personally memang tengah letih betul. Badan pun dah berpeluh-peluh. Tapi muka kena selalu senyum. Semua orang buat muka senyum manis, sampaikan air tawar pun terasa manisnya. Setelah hari semakin gelap, menjelang maghrib, dah tak ada lagi tetamu yang datang. Maka kami pun berkemaslah ramai-ramai. Tadika Kidz Cabin tu mesti dibersihkan seperti asal, supaya budak-budak boleh belajar dengan tenang pada hari persekolahan nanti. Kami siap upah dua orang pembantu untuk tolong bersihkan tempat tu. Ruang yang bersepah akhirnya licin berkilat dan teratur.
|
Kois dan tunangnya. |
|
Kak Ita dan kawan rapat Asyraf. |
|
Saifudin dan Faizal - datang agak lambat. Tapi mereka masih datang. |
Masih terdapat makanan dan minuman yang tak habis. Kami bungkus ramai-ramai dan bawak balik rumah. Aku target kat teh tarik aje. Aku cari plastik yang paling besar dan bungkus tapau. Kalau masuk dalam peti ais, boleh buat teh ais. Hebat. Kuah dalca setengah periuk nampaknya dah tak berapa elok. Terpaksa kami dispose kat tasik berdekatan. Dan sejurus kuah dalca dihumban ke tasik, beribu ikan toman, kelah dan sebarau timbul kerana mabuk. Dan ada pulak sekor paus biru turut timbul. Tak taulah kami dari mana datangnya. Yang musykil sikit, kuah kambing tu pun macam dah nak spoil jugak. Tapi bila kami buat kajian dengan memanggil seluruh ahli keluarga menghidu bau kuah kambing tu, akhirnya juri memutuskan ianya masih elok dan sedap dimakan lagi. Jadi, kami pun bungkus. Ambil bawak balik sorang sikit. Nasib baik tak campak lombong.
|
Bersama Haji Noris Helmi Dickson - penganjur Asian Song Festival tahun 1990an. |
|
Bersama Akmar. |
|
Ibuku bersama Akmar dan anak-anak. |
|
Bibik Saodah dan ibuku yang baru keluar dari hospital tengah hari tadi. |
|
Dua pupuku, Talha dengan anaknya. |
|
Bersama Paman Jai dan Talha. |
|
Abang Long Petaling mengadakan sessi man-to-man-talk dengan Ayah Atan. |
Sejurus selepas majlis diisytiharkan selesai, sekumpulam monyet dari pelbagai spesis pun datang menagih makanan. Macam-macam jenis monyet yang datang. Ada jenis ungka, berok, siamang, lotong, monyet belanda, chimpanzee, malah gorila pun ada juga dekat sepuluh ekor. Sebenarnya, masa awal pagi tadi, masa kami tengah bersiap-siap nak hidang makanan, monyet-monyet tu dah datang kacau. Jadi kami kata kat diorang, jangan kacau. Pergi main jauh-jauh. Kalau semua monyet berperangai baik, nanti petang boleh dapat upah pisang. Jadi monyet-monyet tu pun beredarlah. Bila petang menjelang, mereka datanglah nak tuntut janji. Terpaksalah kami beli pisang dekat lima belas lori nak bagi monyet-monyet tu makan. Lepas tu memang monyet-monyet tu tak marah atau memberontak. Al-maklumlah, "Janji Ditepati"!
|
Farid dan adikku. |
|
Salah sekor monyet yang datang bertandang selepas selesai majlis. Yang lain lari sebab takut dengan kamera aku. |
No comments:
Post a Comment