Pada hujung-hujung Syawal, kami dapat jemputan ke majlis perkahwinan saudara kami di Pulau Indah. Majlis tu patutnya diadakan pada hari Ahad. Tapi pada hari Ahadnya, kami ada jemputan lain. Maka kami putuskan untuk datang lebih awal, pada hari Sabtu. Awal satu hari lah. Masa kami datang tu tak berapa banyak tetamu. Yang ramai ialah orang merewang, tolong menolong, masak-memasak. Yang datang untuk makan-makan tu mungkin menghadapi masalah macam kami. Mereka semua datang awal jugak.
|
Kagum dan teruja melihatkan masakan kegemaran terhidang di depan mata. |
|
Laki-laki kat sebelah mak aku tu ialah bapak pengantin. |
|
Sabriena didukung oleh orang gaji aku. |
|
Nasi ada, kuih muih pun ada. |
Oleh kerana kami datang awal, maka pengantin rupanya masih belum bernikah pun. Malah kami langsung tak berkesempatan melihat kelibat pengantin, walaupun sejenak. Setelah dijemput oleh tuan rumah, kami pun teruslah mencapai segala nasi dan lauk pauk yang terhidang. Kebanyakannya adalah masakan kegemaran aku. Antaranya adalah seperti ayam goreng, kaki ayam masak sup, kaki itik masak sambal, kaki angsa masak kari, dan kaki burung puyuh masak lemak cili api. Pergh! Memang membuka selera betul. Selera kampung!
|
Ayah aku makan dengan penuh selera. |
|
Syahmie jugak tak ketinggalan memakan nasi. Amier sekadar makan ayam goreng aje. |
|
Pakcik kat sebelah kanan tu ialah pakcik pengantin. Dia malu bila gambarnya pakai topi style macam tu aku ambil. He he... |
Selepas makan, barulah kami berbual dengan saudara kami yang ada kat situ. Bapak pengantin tu kalau tak silap aku adalah sepupu atau dua pupu mak aku. Namanya aku pun tak berapa nak ingat. Mereka berbahasa Jerman. Aku nak berbahasa Jerman jugak, tapi tak berapa pandai dan lancar. Jadi terpaksalah aku cakap bahasa Itali - Mamamia!!!
|
Gotong royong kaum ibu di dalam bangsal. |
Sebelum balik, aku sempat pusing-pusing keliling kampung, nengok diorang gotong-royong menyediakan masakan untuk tetamu pada hari esoknya. Kaum ibu melepak di bangsal sambil kupas dan potong bawang, potong sayur, kerat tempe, dan bergosip pasal artis Korea sambil menggayakan aksi Gangnam Style. Kaum bapa pulak sibuk memasak. Masak nasi, goreng ayam, dan segala jenis masakan lagi yang dimasak. Akhirnya kami pulang pasal dah agak lama kat situ. Lepas ni kami kena pergi kat Kundang pulak untuk menghadiri open house abang iparku pulak.
|
Sedapnya nengok ayam goeng panas-panas tergolek atas para. |
|
Menggoreng ayam dengan resipi ibunda. |
|
Bergambar dengan pokok pisang sebelum berangkat pulang. |
|
Okay, balik time! |
|
Jom kita menuju Kundang pulak. |
No comments:
Post a Comment