Berbalik kita pasal kenduri tahlil dan doa selamat kat flat Sri Sabah beberapa ketika dulu. Makan sudah, sembang pun sudah. Kini tiba pulak time untuk berkemas segala kecomotan yang berlaku selepas habis kenduri. Aku yang telah diberi amanah oleh pihak atasan untuk memantau anak-anak buah membersihkan kawasan rumah terus menjalankan tugas tanpa lengah. "Kau, kau, kau, pergi sana, cuci periuk. Kau, kau dan kau, pergi sebelah situ, kemas meja. Yang lain, ikut aku," aku memberikan arahan tegas kepada anak-anak buahku. Tiba-tiba salah seorang anak buah bertanya. "Pak Usu, kami yang kena ikut Pak Usu ni nak kena buat apa?" Jawabku, "Kita pergi kedai mamak makan roti telur sorang sekeping. Lepas tu pekena teh halia panas kurang manis. Jom!"
|
Nana sedang pulun untuk peperiksaan PMR tak lama lagi. |
|
Nicha dan Syakira. Ada persamaan di antara kedua-dua karaktor ni. |
|
Syakira nengok Nicha buat muka. |
|
Tiba-tiba seekor kumbang tanduk yang berterbangan jadi mabuk dan masuk ke dalam mata Taufik. |
|
Adrian kepanasan, Syura keriangan. |
|
Syura, Syakira dan Suraya. |
|
Ardi dan Zila sedang mengawasi Popia. |
|
Abang Karim dan Abang Zai. |
|
Ayah kepada Ardi menceritakan pengalamannya mengerjakan haji kepada Ayah Atan. |
|
Merehatkan diri setelah terlalu keletihan. |
|
Ibu kepada Ardi bersama Kak Uda. Kali ni Kak Uda tengah tak makan pulak. |
Elin dan tunangnya, Fai @ Fye datang agak lewat ke rumah Atuk Atan. Terus kami suruh mereka makan saki baki makanan yang tinggal. Mereka tak mengeluh walau pun kena makan nasi dengan lauk yang sangat terhad. Kami bagi peluang mereka habiskan makanan dalam pinggan dan dalam mulut dulu, sebelum kami bertindak menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan.
|
Fai yang baru sampai, terus disuruh makan. |
|
Fye sedang enjoy dengan apa yang dimakannya. |
|
Elin dan Fai. |
Setelah seketika lamanya, semua kerja siap dibereskan. Tikar siap digulung. Periuk siap dicuci. Meja siap dikemas. Makanan lebih siap dibungkus. Dan yang terlalu keletihan, juga telah beredar dari situ dan balik ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah sekelompok anak-anak muda berkumpul dan bercerita tentang hal yang aku pun tak pernah terjangka sebegitu serius topiknya.
Mereka bercerita tentang segala pelbagai jenis konspirasi tersirat dan tersurat di dunia ini. Sesekali menyentuh hal-hal keagamaan. Ali membuka segala cerita dari pengetahuannya mengenai hal-hal yang tak terjangka. Antara topik yang sempat aku dengar termasuklah perkara-perkara berikut: kisah perancangan letupan bangunan World Trade Centre, New York pada 9/11. Kisah konspirasi kumpulan Free Mason. Penglibatan artis-artis dunia dalam Free Mason. Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Lady Gaga, Michael Jackson dan Whitney Houston. Kisah kematian Jacko dan Whitney yang ada kaitan dengan plan Free Mason. Turut keluar ialah cerita "Women in Red". Salah satu video muzik kumpulan Dewa yang memaparkan ideologi Free Mason secara terang-terangan. Juga dikisahkan soal penciptaan watak Osama Bin Laden. Berat sungguh topik malam tu.
Tiba-tiba terlintas dalam kepala hotak aku pasal kisah-kisah kabur ciptaan politikus Malaysia. Benarkah? Konspirasikah? Siapa fitnah siapa? Siapa mangsa dan siapa pemangsa? Hal-hal macam tu dah lama aku buat tak layan. Dah terlalu menyampah! Nak muntah!! Uweeeekkkkk!!!!!
Akhirnya aku tinggalkan anak-anak buahku dengan kisah berat mereka. Yang tahu kebenaran hanya Allah. Kita yang serba bodoh dan daif ni buat ajelah apa yang disuruh Pencipta kita, melalui Rasulnya (s.a.w.). Okay, blog yang selanjutnya, kita cakap pasal benda-benda ringan, ya?
|
Topik panas dan berat mula dibualkan oleh anak-anak muda ini. Tak taulah siapa yang memulakan topik. |
|
Nampak macam happy go lucky aje, tapi masing-masing tengah memikirkan masalah besar dunia. |
|
Topik berat ini mungkin akan disambung lagi jika mereka berhimpun lagi di lain masa... |
No comments:
Post a Comment