Tetamu yang datang ke Kidz Cabin, menghadiri majlis kami semakin lama semakin ramai. Detik demi detik tak nampak pun tanda-tanda kedatangan hadirin akan menyurut. Ruang yang luas di Kidz Cabin kini terasa sempit pulak, pasal sebegitu ramai tetamu. Kedatangan tetamu menceriakan majlis. Tetamu happy, kami sepuluh kali ganda rasa happy. Mari-mari! Mari masuk rumah! Mari makan-makan!
|
Bersama keluarga Nordin. |
|
Azleen dan Hanif menjamu selera. |
|
Bersama keluarga Juanih. Azleen tumpang sekaki. |
|
Seri sedang memberi semangat kepada Mak Uda untuk makan char kue tiau yang sedap. |
Bila nengok tetamu makan dengan selera, tentunya kami jugak terbuka selera untuk makan, walaupun kami terlebih awal telah makan tadinya. Tapi aku pulak, makan tak berapa terasa, tapi teh tarik dah bergelen-gelen aku telan. Muka pun dah naik seri teh tariknya. Cuaca pulak memang agak sedikit panas, maka segala jenis air yang terhidang semuanya habis diminum oleh semua orang yang datang.
|
Setelah penat bekerja, Akid dan Faiisal makan lagi untuk round kedua. |
|
Kak Saba dan Kak Shida. |
|
Ardi dah kenyang tersandar, Ika baru nak merasa makan. |
|
Kois dan Hidayat, dua orang kuat di belakang tabir. |
Setelah kambing golek habis diratah oleh pasukan peratah kambing, kami keluarkan pulak sate Kalumpang, tajaan Kak Ogie dan Abang Hasni. Pun laris jugak dimakan oleh orang ramai. Lepas tu kami keluarkan biskut krakers dalam tin. Habis jugak!! Memang betul-betul lapar semua orang nampak gayanya. Dan bila semua makanan dah habis, kami terpaksa keluarkan sekor kura-kura dan sekor ketam yang diternak di Kidz Cabin. Kami turut keluarkan batu kelikir dan kayu tukang dan diletakkan di atas pinggan. Aduhai!!! Yang itu pun habis dimakan para tetamu yang menyerang makanan bagaikan piranha. Tapi tak apa, kami memang suka nengok tetamu enjoy makan juadah yang kami hidangkan.
|
Sabriena ditemani oleh Seri dan Nana. |
|
Abang Hashim dan Ratu terkujat melihat kamera. Terus tercekik tulang kambing. |
|
G-Ha dan Yana. Yana terkejut melihat kambing golek masih mengembek. |
|
Syakira memperagakan pingat timun yang dimenanginya dalam pertandingan mencipta lagu Patriotik se-Malaysia. |
|
Sedondon - Huda dan Hafez. |
|
Mak Uda, Kak Long dan Mak Long. |
Kepada semua tetamu yang hadir, yang bersusah payah datang meredah jam kat lebuhraya dan jalanraya, kami sangat-sangat hargai kedatangan kalian. Tanpa kalian, siapalah kami. (Elemek, macam artis punya dialog daaa...) Dan jangan serik datang lagi kalau dijemput, ataupun kalau tak dijemput. Dan kalau ada anak-anak kecil yang nak dihantar ke tadika, hantarlah ke tadika Kidz Cabin kat Ukay Heights (iklan sikit). Kawasannya lapang, fasilitinya pelbagai, guru-gurunya hebat-hebat belaka. Marilah beramai-ramai mendaftar di KIDZ CABIN!!! (Lepas tu keluar bunga api warna-warni. Siap ada belon dan tiupan vuvuzela lagi. Itu kalau iklan kat tv lah).
|
Kak Nopie dan kak Timah. |
|
Abang Naim dah settle semua bab makan. Sekarang time nak rehat pulak. |
|
Fazli dan dua lagi rakan (sorry bro, nama tak cam). |
No comments:
Post a Comment