Tepat jam 11.30 pagi, geng marhaban kawan Kak Uda pun sampai satu kumpulan. Siap pakai uniform warna pink colour. Macam tau-tau aje yang tema untuk majlis tu ialah warna pink colour. Sabriena telah awal-awal lagi dimasukkan ke dalam buaian pelamin yang telah dihias molek oleh Abang Leman dan Abang Khalid. Sabriena tak menangis. Sabriena sekadar diam sambil mata melirik ke sana dan ke mari dalam kehairanan.
|
Sabriena di dalam buaian pelamin yang cantik. |
|
Hasil kerja tangan Abang Leman dan Abang Khalid. |
Setelah para jemaah dari kaum ibu mengambil tempat masing-masing di ruang utama, barulah Kak Uda memperkenalkan jemaah marhaban kepada umum. "Sekarang, tanpa melengahkan masa lagi, saya selaku pengacara majlis, serta wakil ketua kampung Pinang Sebatang, mempersilakan, tak lain dan tak bukan, kumpulan marhaban yang terulung di dunia ini, terhebat di alaf ini, dan ter-glamer di benua ini, inilah dia saya persilakan, kumpulan marhaban wanita, yang dikenali sebagai The Pink Sisters!!!" Begitulah Kak Uda memperkenalkan para tetamu kepada kumpulan marhaban kaum ibu tadi.
|
Para jemaah wanita mengambil tempat sebelum memulakan bacaan marhaban. |
|
Para jemaah wanita sedang membuat bubbling sebelum melontarkan suara. |
|
Kak Uda memulakan bicara. "Cobaan satu, dua, tiga. Cobaan, cobaan..." |
|
Mama mendodoikan Sabriena. |
|
Sabriena sebelum diarakkan. |
|
Marhaban dimulakan. |
|
Sabriena sempat jugak melelapkan mata buat seketika. |
Setelah seketika bermarhaban dan berselawat, Sabriena pun diarak oleh isteriku keliling jemaah untuk dipotong jambulnya. Sorang-sorang makcik marhaban menggunting rambut Sabriena dengan penuh kegeraman. Semakin lama diarak, rambut Sabriena semakin menipis. Rambut yang telah digunting dimasukkan ke dalam buah kelapa yang telah diukir di pangkalnya. Semakin lama, semakin penuh buah kelapa dengan rambut Sabriena. Kami terpaksa korek isi buah kelapa supaya muat memasukkan rambut Sabriena ke dalamnya. Aku turut tumpang sekaki memasukkan rambutku yang gugur ke dalam buah kelapa agar nampak lebih meriah buah kelapa tu.
|
Okay. Jom kita bertawaf sekarang! |
|
Mendukung Sabriena. |
|
Kak Uda bawa buah kelapa. Bila terasa haus, Kak Uda akan minum air kelapa tu. |
|
Dan rambut Sabriena pun dipotonglah. |
|
...dan terus dipotong... |
|
Letak air mawar bagi wangi sikit. |
Sabriena terus diarak sekeliling jemaah wanita marhaban. Lepas rambut dipotong, masing-masing mengucup dahi dan pipi Sabriena. Sabriena biarkan aje mereka berbuat demikian. Tak kisahlah, janji masyuuuukkkk... sambil Sabriena mengira jumlah wang yang dah masuk ke dalam poketnya. "Boleh tahan", bisik Sabriena pada dirinya. Sesudah upacara habis, sedikit sumbangan diberikan kepada ketua rombongan marhaban kerana sudi hadir memeriahkan dan meraikan majlis yang tak seberapa ini.
|
Para jemaah mengucup dahi Sabriena sambil menyelitkan barang beberapa ringgit sebagai cendera hati. |
|
Giliran Ustazah Maharum pulak. |
|
Kak Lin pun potong jugak rambut anak saudaranya yang bongsu ni. |
|
Okay, acara potong rambut dah beres. |
|
Para jemaah sambung baca marhaban dan berzanji. |
|
Memberi sedikit saguhati sebagai penghargaan. |
No comments:
Post a Comment