Syawal dah lama berlalu. Tapi kisah Syawal aku masih belum selesai. Al-maklumlah, tengah busy sangat-sangat ni sejak bertukar tempat kerja. Nama pekerjaan ni sekarang pun ialah "busy-body". Sah-sahlah body ni memang selalu busy memanjang.
Okay. Kita teruskan cerita. Pada hujung-huung Syawal, kami dapat jemputan dari sorang kawan rapat kami. Juanih namanya. Memang dah banyak kali jugak kami makan-makan kat situ. Dan sepanjang kami makan-makan kat tempat Juanih, tak pernah sekali pun juadahnya yang tak ada kambing golek. Every time datang, kambing golek musti sedia menanti geng-gengnya yang tak suka mandi. He he he...
|
Pemandangan dari jauh. |
|
Cari port makan yang paling best sekali kat dalam rumah. |
|
Masa ni kami dah puas makan. Tengah menyandar pasal kekenyangan. |
Banyak sungguh juadah yang terhidang kat situ. Dari makanan orang Semenanjung, sampailah ke makanan orang Sabah-Sarawak. Pendek kata, asal ada meja aje, mesti ada makanan. Tak ada satu meja pun yang tak ada makanan. Malah meja study anak-anak pun nampaknya ada jugak makanan yang terhidang untuk dijamu kepada tetamu. Hebat sungguh!
|
Ini baru satu angle. Kat semua sudut rumah penuh dengan makanan pelbagai ramuan dan rasa. |
|
Bergambar dengan tuan rumah. |
|
Terima kasih kepada Juanih sekeluarga. |
Setelah kenyang makan macam-macam resipi, setelah puas melantak kambing golek dekat sembilan ekor, kami pun mintak dirilah untuk pulang. Terima kasih kepada Juanih dah seluruh keluarga kerana menjemput kami. Tahun depan kami akan menanti kad jemputan makan lagi.
Sewaktu kami nak balik, tiba-tiba terserempak dengan kawan lama Syahmie-Muzafar yang duduk kat Kampung Melayu Ampang. Bapaknya pulak kawan aku. Aku suruh Syahmie dan Muzafar posing sikit for the camera. Okay. Kami beransur dulu...
|
Syahmie dengan classmate-nya masa kat sekolah rendah - Muzafar. |
No comments:
Post a Comment