Bila aroma makanan terbit aje, menyemarak dan tersebar luas ke angkasa raya, berbaur dengan udara luar yang nyaman, maka orang ramai dari segenap pelusuk taman dan negara seluruhnya, terhidu akan keenakan bau-bauan yang sangat menambat hati ini. Segala jenis bau dapat dihidu. Ada bau beriyani kambing. Ada bau kambing golek. Ada bau char kue tiau. Ada bau teh tarik. Ada bau kek. Ada bau chocolate fountain. Dan tak ketinggalan, ada jugak bau kentut. Tak kiralah bau apa sekali pun. Semuanya telah menimbulkan rasa teruja dan membuka selera orang ramai untuk datang dan makan segera di majlis kami ini.
|
Group marhaban memulakan santapan. |
|
Sangat teruja bila nampak kambing bergolek-golek di atas bara. |
Mula-mula geng marhaban wanita makan dulu, pasal merekalah yang paling lapar. Kemudian muncul pulak geng pelajar tahfiz. Mereka jugak kelihatan lapar. Kemudian barulah tiba tetamu di kalangan keluarga dan kengkawan. Semuanya lapar-lapar belaka. Yang sesat barat pun boleh tahan jugak ramainya. Ada yang sampai sesat hingga ke United Kingdom. Kami maksudkan UK to Ulu Kelang. Rupanya tetamu kami yang itu salah faham. Dia siap tempah kapalterbang nak ke UK yang salah.
|
Jangan takut, kambing masih banyak, dan masih bernyawa. |
|
Kamilia, Intan dan Wanie tertunduk-tunduk ketika menikmati kesedapan char kue tiau. |
Bertalu-talu makanan dijamah. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Berkilo-kilo nasi habis dimakan. Berekor-ekor kambing habis dilapah. Bertangki-tangki air habis diteguk. Jumlah tetamu yang datang dianggarkan seramai setengah juta orang. Padat dan sendat kawasan tadika Kidz Cabin tu. Dan kami semua sebagai tuan rumah terpaksa bertungkus lumus melayan kerenah para tetamu demi mengeratkan silaturrahim antara kami.
|
Nasi beriyani, char kue tiau, semua mesti dirasa. |
|
Aduh, sedap sungguh makanan ini. Dari manakah datangnya ia? |
|
Adam makan sorang-sorang. Tak nak kongsi dengan sapa-sapa. |
|
Farid makan kambing dekat lima ekor semuanya. |
|
Hah! Kambing lagi! |
|
Berbual selepas kenyang makan. |
|
Bersama keluarga Juanih. |
|
Bersama keluarga Nordin. |
|
Bersama keluarga Pak Wie. Walaupun sesat teruk tapi sampai jugak ke destinasi. |
Tetamu bagaikan tak henti-henti datang dan menjamu selera. Maklumlah, lepas acara baca doa, memang pun kami buat rumah terbuka. Dah kalau rumah terbuka, memanglah banyak orang yang datang. Tanpa had. No limit! Bagus jugak kawasan tadika ni agak luas. Tak cukup meja dan kerusi, boleh duduk atas lantai kat dalam rumah. Tak cukup lantai, boleh duduk atas rumput. Tak cukup rumput, boleh aje bertinggung atas pokok. Tak cukup pokok, kat cerun bukit dan gaung jugak boleh dijadikan tempat bersantai sambil menjamu selera.
|
Keluarga Pak Wie yang ramai. |
|
Brader Jalil dan Abang Karim. |
Kepada semua tetamu yang datang, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Kami tau, ada ramai lagi yang nak datang, tapi telah tersangkut jam kat lebuhraya. Dengar ceritanya, semua jalan-jalan di KL dan Selangor, dan Seremban, dan Perak jam teruk trafiknya. Banyak yang tak jadi datang kerana itu. Tak apalah. Lain kali cuba datang lagi. Tak semestinya time raya aje. Time puasa pun boleh datang jugak, sembang-sembang.
|
Keluarga Jasha. |
|
Sis Jasha dan suaminya. |
|
Bila dua kawan baik berjumpa... gossip pasal kereta... |
No comments:
Post a Comment