16 September Hari Malaysia. Semua rakyat Malaysia cuti. Maka Syahmie pun cuti jugak. Jadi pada hari Jumaat sebelum Hari Malaysia, aku dan wife pergi ke Gemencheh untuk menjemput Syahmie. Kami ke Gemencheh selepas solat Jumaat. Perjalanan lancar. Tak terlalu sibuk. Kami sampai pun agak lewat. Kalau tak silap pukul 5 petang lebih. Terserempak kami dengan Abang Suhaimi, sepupu wife aku yang kebetulan ada anak belajar kat situ. Dua orang semuanya. Lepas asar, kami terus menuju ke KL. Kami ikut highway Lekas, untuk kali kedua. Tapi kali ini masuk ikut bandar Seremban.
Masa balik, kami sempat singgah di kawasan berdekatan dengan Menara Tinjau di Ampang- Hulu Langat. Lalu kami cari port untuk lepak sambil makan makanan ringan dan minum air panas. Pemandangan dari aras sebegitu tinggi memang cantik - melihat lampu-lampu kat bandaraya Kuala Lumpur. Cuaca tak hujan, sebaliknya bila angin bertiup, terasa sangat nyaman. Setelah seketika kat situ, barulah kami bertolak pulang. Terasa sangat penat berjalan jauh.
|
Makan yong taufu cucuk - ibu dan anak. |
|
Pekena air teh panas memang sangat menyelerakan. |
|
Latar belakang KL yang bercahaya. Sayang, kamera auto fokus aku tak dapat capture imej cantik tu dengan baik. |
No comments:
Post a Comment