Setelah sekian lama menanti di koridor flat akan kedatangan jemaah flat dan surau, akhirnya tiba jugak mereka selepas solat isyak. Aku ingatkan sikit aje. Rupanya punyalah ramai sampaikan tikar gulung terpaksa dibentang dari hujung koridor sebelah sini ke hujung koridor sebelah sana, bagi menempatkan seluruh jemaah yang dianggarkan seramai ratusan ribu orang.
Para jemaah sedang berdiri sambil berselawat. |
Tak sangka sebegitu ramai ahli jemaah yang datang meraikan. |
Bermula dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi (s.a.w.), terus kami bertahlil ringkas yang diketuai oleh Ustaz Pak Akob. Setiap ahli jemaah diberikan cenderahati berupa senaskhah Yaasiiiiiin. Lepas tahlil dan bacaan doa selamat, para jemaah dijemput makan. Menu kali ini ialah nasi beriyani kambing dan beriyani ayam. Ada jugak jemaah yang dah makan dulu kat rumah. Jadi mereka cuma minum dan makan kuih aje. Malah ada pulak sebahagian jemaah yang kenyang kerana dah makan angin dan makan hati. Jadi mereka yang ini pulak sekadar duduk bersembang ajelah.
Para jemaah terkagum bila melihat kelibat aku yang macam VVVVIP. He he he... |
Bacaan doa selamat oleh Ustaz Pak Akob. Jemaah mengaminkan. |
Para jemaah sedang menikmati makanan yang disajikan. |
Penduduk flat ber-chit-chat sesama sendiri. |
Setelah makan, ada yang masih duduk bersembang sesama sendiri. Tetapi kebanyakannya pulang dan bersalaman dengan Ayah Atan, dan mengucapkan doa selamat agar Ayah Atan dipermudahkan urusannya ketika mengerjakan haji di tanah haram. Ada yang bagi sedikit sumbangan buat bekal ke Makkah, dan ada yang berpelukan sambil bermaafan. Terima kasih kepada seluruh jemaah kerana sudi datang mendoakan Ayah Atan dan Abang Khalid mendapat haji yang mabrur.
Bersalaman dengan Ayah Atan sebelum pulang. |
Ustaz Pak Akob dengan para jemaah yang lain. |
Duduk bersembang dengan Ayah Atan. |
Longgokan selipar untuk dijual di pasar malam. Harga bundle. |
No comments:
Post a Comment