Ya, memang betul Syawal dah habis (untuk tahun nilah). Tapi kami ada sorang kawan tu yang terpaksa menjemput orang datang open house beliau selepas berlalunya Syawal. Dah masuk bulan Zulkaedah. Okay. Set. Kami tetap akan datang. Tak kiralah bulan apa sekali pun. Bulan Muharram, Syaaban, Jamadul Awwal, bahkan bulan Ramadhan pun kami akan datang. Nak ajak orang datang makan, tak kiralah bulan apa pun. Ada kelapangan dan sedikit modal, boleh aje ajak saudara mara dan kengkawan datang makan. Maka pada hari berkenaan, kami pun ke sanalah, ke rumah kawan kami, Pak Tib di Shah Alam.
|
Bersama Muzili dan isteri. |
|
Wanie dan Amier sedang asyik menikmati juadah. |
Masa kami sampai, tetamu masih ramai, makanan masih banyak. Dan wajah Pak Tib nampak ceria aje. Tak nampak penat pun. Setelah mem-booking tempat duduk, kami pun pergilah menuju ke meja hidangan untuk mecari rezeki yang halal. Banyak jugak juadah yang dihidangkan. Ada nasi beriyani. Dan yang paling special ialah, mi rebus istimewa aneka rasa. Meh aku kisahkan sikit pasal mi rebus istimewa raja ni.
|
Pak Tib (baju pink colour) dan seorang tetamunya. |
|
Muzili dan Pak Tib sedang mendengar cerita dari seberang. |
Masa aku makan mi rebus tu, aku berasa agak terharu kerana kesedapannya yang terlampau. Tetapi, kejutan telah berlaku sejak dari waktu aku mencedok kuah dia lagi. Mula-mula aku masukkanlah dulu segala ramuan dia ke dalam mangkuk - mi, sayur, tauge, tahu, telur, daun sup, bawang goreng dan segala macam. Kemudian aku pergi ke periuk yang menempatkan kuah mi rebus tadi. Masih mendidih kuahnya. Aromanya juga sangat hebat. Aku mula mencedok. Cedok punya cedok, aku terjumpa potongan ayam. Cedok lagi. Terjumpa udang pulak. Aku gaul dan cedok lebih dalam. Kali ni aku lebih terkejut. Ternampak ketam pulak. Wah! Hebat sungguh ramuan kuah ni! Dan terus mencedok ke dasarnya. Kali ni aku terjumpa udang kara. Dan seterusnya sotong kurita sebesar kereta Volkswagon Beetle. Dan giant clam a.k.a. kima. Dan yang paling mengejutkan ialah kapal selam Russia jenis K-141 Kursk model 2012. Patutlah rasanya enak dan "rich" dengan kesedapan makhluk-makhluk laut dalam. Memang rugi kalau siapa yang tak merasanya.
|
Semua makanan telah dirasa. Sekarang dah kehabisan idea, tak tau nak makan apa lagi. |
|
Amier bagi thumb up kepada masakan yang dihidangkan. |
|
Wanie dan mama. |
Setelah makan-makan dan bual bicara dengan kengkawan dan tuan rumah, kami pun pergilah mintak diri. Yah, perut kami memang sudah kenyang yang bukan kepalang. Bolt dan nut dari kapal selam Russia tu pun dah berpuluh biji aku telan. Memang sedap sungguh. Terima kasih banyak kepada Pak Tib dan Kak Pah kerana menjemput dan menjamu kami.
|
Bersama Kak Pah. |
|
Bersama Kak Pah - Bahagian 2. |
No comments:
Post a Comment