Raya puasa dah berlalu. Raya haji dah nak menjelma. Musim haji, ramailah orang pergi buat haji. Ramai yang jadi tetamu Allah. Beruntungnya mereka ini. Dalam banyak-banyak orang yang beruntung tu, tak ketinggalan ialah ayah mentuaku dan abang iparku, Abang Khalid. Mereka dijadualkan berangkat ke Jeddah pada 17 September 2012 - pagi buta hari Isnin. Jadi, pada hari Ahad petang tu, semua anak beranak, cucu cicit, menantu dan kenalan rapat, datanglah berkumpul kat rumah Kak Long. Ada baca doa selamat sikit, ada buat tahlil sikit, dan yang paling penting ialah untuk bersama-sama dengan Ayah Atan dan Abang Khalid sebelum menghantar mereka ke Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya.
|
Beg Ayah Atan. |
|
Beg Abang Khalid. |
Masa kami sampai rumah Kak Long, persiapan terakhir, seperti packing bag, buat check list, sedang dilaksanakan. Yang tak buat apa-apa, sekadar berborak sesama sendiri, makan-makan, dan bermesra dengan Ayah Atan dan Abang Khalid. Ramai jugaklah orang yang memenuhi rumah Kak Long. Semuanya dari kalangan keluarga. Memandangkan masa masih panjang lagi (kena check in kat Tabung Haji kira-kira jam 11 malam), maka kami buatlah apa-apa yang patut sementara waktu berangkat tiba.
|
Ayah Atan dah tak sabar-sabar nak mengunjungi sekali lagi tanah haram. |
|
Abang Leman memastikan semua keperluan asas ada dibawa bersama - kain baju, biskut, santan kelapa, keropok kering, batu giling, washing machine, dan macam-macam lagi... |
|
Melepakkan diri sementara tiba waktu menghantar. |
|
Kak Long dan Nadia, serta Adrian dan Safiyah. |
|
Berbual kisah zaman penjajahan British - Abang Zai dan Abang Khalid. |
|
Bersama Ayah Atan dan Abang Leman. |
|
Wah!!! Stylo-lah Ayah Atan! |
|
Abang Leman sedang mencari formula untuk membuka beg James Bond Ayah Atan. |
Kami solat maghrib dan isyak berjemaah. Dan buat pertama kalinya, Ayah Atan menyuruh cucunya, Syahmie (anak sulung aku) jadi imam masa solat isyak. Tanpa berasa segan silu, Syahmie terus ke depan dan mengimami makmum di belakangnya. Tak ada apa-apa aktiviti yang di luar dari kebiasaan yang kami lakukan di rumah Kak Long. Macam biasa, bila keluarga besar dah berkumpul, pastilah hingar ruang rumah dengan bualan dengan topik yang pelbagai, serta tercetus pulak derai tawa pada kala-kala tertentu bila ada yang membuat lawak jenaka taraf Maharaja Lawak Mega. Selebihnya, hanya dapat aku kisahkan melalui gambar-gambar yang terpampang...
|
Abang Ngah baca surat khabar. Tajuk berita - "Basikal langgar lori. Lori remuk teruk, basikal masih steady". |
|
Abang Ngah dan Ayah Atan. Wajah yang seiras. |
|
Abby baru nak makan. |
|
Amin, Hidayat dan Taufik. |
|
Aku tanya Amier, kenapa dia duduk termenung macam tu? Dia jawab, "Amier lonely". |
|
Adik dan kakak - Amin dan Yaya. |
|
Syahmie sedang makan mi goreng mamak bendahara. |
|
Bersantai di kawasan porch rumah. |
|
Abang Zai dan Abang Ngah. |
|
Bersembang di porch rumah. |
|
Hidayat berbaring kat sebelah abahnya. Ali tumpang sekaki. |
|
Taqif gembira. |
|
Taqif hairan, tetapi masih gembira. |
|
Tiba-tiba angin bertiup dari sebelah kiri. Dan semua menyondong ke kanan. |
|
Baca doa selamat. |
|
Ayah Atan yang mengetuai majlis baca doa selamat. |
|
Khusyuk membaca doa. |
|
Menengok cerita Doraemon dalam telefon bimbit canggih. |
|
Isteri ku bersama kakak-kakaknya dan anak saudaranya. (Masa ni angin dah tak bertiup lagi. He he he...) |
No comments:
Post a Comment