Tatkala para tetamu sedang asyik mengintai makanan, menjamah hidangan, mengisi perut dengan pelbagai juadah yang disajikan, anak-anak mengambil kesempatan untuk bermain-main di sekitar kawasan tadika Kidz Cabin yang memang banyak alatan permainan yang menarik. Soal makan dah jadi nombor dua. Main dulu. Bila haus, minum. Bila lapar, makan. Bila penat, rehat sebentar. Kemudian main lagi. Dan lagi...
|
Amier nak try monkey bar. Intan turut membantu. |
|
Mukamil sedang pecut laju menaiki kerbau saktinya. |
|
Wanie tolong Amier di monkey bar. |
|
Shahira, Taqif dan Ika bermain buaian. |
Antara alatan permainan yang menarik minat anak-anak kecil termasuklah, buaian, monkey bar, padang bola mini - siap dengan goal post, trampoline, spring animals dan macam-macam lagi. Itu aku tak cerita lagi pasal sebahagian lagi alat permainan yang jugak digemari anak-anak, seperti, merry-go-round, paintball, dan yang paling ultimate sekali ialah roller coaster setinggi 30 tingkat bangunan! Kami biarkan aje anak-anak dengan hal mereka. Majlis ini memang untuk meraikan semua. Kanak-kanak tidak terkecuali.
|
Amier meloncat-loncat di atas trampoline. |
|
Anak-anak bermain bola di padang kecil. |
No comments:
Post a Comment