m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 15, 2012

Doa yang paling sedih... hu hu hu...

"Doa yang paling sedih", itulah ungkapan yang diucapkan oleh Amier terhadap apa yang berlaku pada malam tu. Agak-agak dah nak jam 10 malam, Ayah Atan mengenakan blazer warna kelabunya serta songkok yang berwarna biru gelap gelita. Ayah Atan duduk formal di atas sofa menanti anak-anak, menantu, dan cucu-cicit datang approach untuk acara yang disifatkan oleh Amier sebagai paling sedih.

Kak Uda mendakap Ayah Atan.
Abang Zahid menyusul.
Sorang-sorang datang menghadap Ayah Atan, bersalaman, peluk cium, dan memohon ampun maaf serta lafaz doa buat keselamatan Ayah Atan mengerjakan haji di tanah suci Makkah. Suasana pada waktu itu memang sangat syahdu. Air mata dititiskan oleh semua yang terlibat, termasuk Ayah Atan sendiri. Geng-geng yang brutal gila babus pun tak dapat menahan sebak. Empangan air mata tetap pecah, dan air mata meleleh keluar bagaikan air terjun Sg. Congkak, malah ada kalanya bagaikan "chocolate fountain". (Kakak & angah, ini iklan free. Tak payah bayar apa-apa kat Pak Usu).

Kak Esah turut hiba.
Dan adegan hiba terus berterusan.
Giliran Kak Timah pulak.
Bukan aje orang dewasa yang menangis. Budak kecil macam Salleh pun nampaknya beria-ia menangis. Amier, geng rapat Salleh, bila menengokkan Abang Salleh-nya menangis, dia pun nak try menangis. Tapi tak berapa nak keluarlah pulak air mata dia. Jadi adegan menangis si Amier aku nengok macam tak berapa nak complete, tetapi sebaliknya nampak agak lucu pulak. 

Abang Ngah tak ketinggalan.
Abang Karim mengucapkan sesuatu kepada Ayah Atan.
Dan aku sendiri, nasib baik penakung air mata aku besar. Jadi air mata dok bergenang kat mata, tapi tak setitis pun yang jatuh ke pipi. Air mata yang terkumpul kat mata aku punyalah banyak, sampai boleh buat ternak ikan keli secara komersil. Tapi air tu dia duduk kat mata aje. Kelopak mataku tak bocor. Masa aku bersalam dengan Ayah Atan, kata-kata yang aku plan nak cakap, tak terpacul dari mulut aku. Masa tu aku tengah control syahdu. Kalau aku lafazkan kata-kata secara jelas, mungkin air mata aku akan keluar mencurah-curah dan kesianlah pulak kat Kak Long dan Abang Zai yang nanti terpaksa mop lantai berkali-kali untuk mengeringkan limpahan air mata dari mataku itu.

Isteriku mendakap kemas ayahnya.
Setelah bersalaman dan berpelukan dengan Ayah Atan, kami bersalaman dan berpelukan dengan Abang Khalid pulak. Suasana pilu masih menyelubungi seluruh ruang rumah. Anak-anak Abang Khalid - Taufik, Hidayat dan Siti, lebih sayu rasanya. Setelah selesai adegan yang amat pilu itu, Abang Ngah terus ke muka pintu dan melaungkan azan. Dan kami, sorang demi sorang keluar ke kenderaan masing-masing untuk menghantar Ayah Atan dan Abang Khalid ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Abang Khalid dan Taufik.
Adik beradik satu rumah, lain pintu.
Abang Ngah melaungkan azan sebelum semuanya berangkat pergi meninggalkan perkarangan rumah Kak Long.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment