Dari Pulau Indah kami ke pulau lain pulak. Pusing punya pusing dengan menaiki bot 40 kuasa kuda belang, akhirnya kami sampai jugak kat Pulau Koon-Dang yang terletak di tenggara Thailand. Masa kami sampai tu dah lewat petang. Kami terus tumpang solat asar bergilir-gilir. Tetamu lain nampaknya banyak yang dah pulang.
|
Ibuku sedang makan kentang goreng panas. |
|
Ayahku sedang conquer sofa ruang tamu. |
|
Wanie pun makan kentang goreng panas berapi jugak. |
Selepas solat barulah kami jenguk meja hidangan. Ada beberapa jenis makanan terhidang. Dan kami pun makanlah. Makanan yang menjadi pujaan ramai ialah nugget goreng panas-panas, kentang goreng panas berapi, dan sosej bakar panas rentung. Asal nama panas aje, mesti sedap dijamah mulut.
|
Syahmie termenung lepas makan. |
|
Abang iparku sedang bersembang dengan salah sorang tetamu, kenalannya. |
Aku sempat jenguk kat kolam depan rumah. Walaupun cuma rumah teres, abang iparku yang kreatif telah membuat satu kolam ikan yang cukup besar untuk menempatkan benih ikan. Aku berasa sangat gembira. Pasal nanti kalau ikan yang dibela dah besar (ada ikan keli dan ikan tilapia), bolehlah kami tumpang memancing. Dulu pun kami memang pernah memancing kat situ. Masa tu abang iparku ada bela ikan siakap, toman dan kelah. Paling besar aku pernah pancing ialah mendapat ikan kelah dekat 15 kilo beratnya dengan hanya menggunakan umpan cekodok pisang yang panas-panas.
|
Abang Khalid datang lewat jugak. Bakal haji tak lama lagi. |
|
Ali dan menungannya. |
|
Berbual adik-beradik. "Kita bukan jiran, tapi kita macam adik-beradik!" |
|
Anak-anak jiran tolong masak-memasak. |
Setelah masuk maghrib dan solat maghrib, kami pun berterima kasih kat tuan rumah, dan terus menuju KL untuk balik rumah. Masa petang, Amier sempat jugak main-main kat taman permainan yang terletak di depan rumah. Dan masa kami balik jugak, kakak iparku, Kak Esah juga baru sampai. Okay, bila ada lapang kami datang lagi. Kali ni aku akan bawak joran aksi berat, dengan kekili heavy duty, tali sulam 200 paun dan umpan anak ikan sebarau bagi menjerat toman mega!
|
Menanti time untuk pulang. |
|
Bila sepupu-sepupu berjumpa... |
No comments:
Post a Comment