Sejurus selepas geng marhaban wanita siap bermarhaban dan berzanji, tibalah pulak geng pelajar tahfiz dari Kampung Baru ke sini. Kira-kira ada dua puluh orang semuanya, termasuklah dua orang ustaz, dan seorang penaung-Hj Abdul Razak. Aku memang agak rapat dengan Hj Abdul Razak setelah beberapa kali aku menjemputnya datang membaca Yaasiiin, atau buat majlis tahlil. Seorang hartawan yang sangat rendah diri dan peramah.
|
Hj Abdul Razak dan para pelajar makan nasi beriyani dulu. |
|
Makan time tengah hari, memang sangat menyelerakan. |
Sampai-sampai aje geng tahfiz ni, kami suruh mereka serang bahagian makanan dulu. Bagi mereka kenyang dulu, pasal kebetulan dah tengah hari. Masing-masing pun makanlah dengan sangat berselera sekali. Nasi beriyani dan kambing golek menjadi rebutan semua jemaah yang hadir. Kami bagi mereka tempoh yang selesa agar makanan boleh dimakan dengan tenang tanpa tergopoh-gopoh. Setelah semua ahli jemaah kenyang tersandar, sendawa dan terbaring kekenyangan, barulah kami buat announcement suruh para jemaah tahfiz buat tahlil dan doa selamat. Dan bacaan tahlil pun bermulalah...
|
Nak rasa daging kambing golek pulak. |
|
Para pelajar sedang menikmati juadah. |
|
Sedap sungguh nasi ni... |
|
Ustaz Adnan mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat. |
|
Sebahagian dari pelajar tahfiz yang hadir. |
|
Ustaz Adnan membaca doa tahlil dan doa selamat. |
Setelah buat tahlil, tiba pulak giliran aku mendukung Sabriena dan membawanya berarak sekeliling kampung untuk dipotong jambulnya. Aku sempat terdengar Sabriena berbisik pada dirinya sendiri, "Habislah gondol kepala adik..." Dan para jemaah lelaki pulak yang bergilir-gilir mencantas rambut Sabriena sampai gondol. Sabriena masih diam dalam redha.
|
Okay. Mari kita potong rambut Sabriena! |
|
Sabriena maintain cool. |
|
Para jemaah terus berselawat. |
|
Rambut Sabriena semakin menipis. |
|
Abang Leman mengiringi aku. |
|
Giliran Pak Long Zai melaksanakan tugas sebagai pemotong rambut. |
|
Pakcik Karim pun nak tumpang sekaki memotong rambut Sabriena yang bergaya. |
Tatkala aku sibuk mendukung Sabriena, Abang Leman pulak sibuk menatang dulang yang berisi buah kelapa tempat menyimpan rambut Sabriena yang telah dipotong, bunga rampai dan air mawar. Kalau haus, Abang Leman tak dapat minum air kelapa, pasal Kak Uda telah terdahulu menghabiskan air kelapa. Maka Abang Leman terpaksa minum air mawar ajelah sebagai penghapus dahaga.
|
Kerana terlalu seronok, ayahku potong rambut Sabriena untuk kali kedua. |
|
Giliran ayahku. |
|
Jiran depan rumahku, Abang Ibrahim turut berperanan menogelkan kepala Sabriena. |
|
Sabriena merayu kepada orang ramai supaya reserve sikit rambut kat kepala dia, untuk dibuat rebonding. |
|
Selesai sudah tugas ayahku. |
|
Bukan sahaja pakcik-pakcik dan datuk-datuk yang berpeluang menggunting rambut Sabriena. Sepupu pun boleh potong jugak. |
|
Mungkin ini first time Faridz buat upacara yang seperti ini. |
Bila semua orang laki-laki dah potong rambut Sabriena, baca doa selamat sikit untuk Ayahanda Atan dan Abang Khalid. Lepas tu kami bagi sorang sedikit cenderahati tanda penghargaan kami kepada para jemaah yang sudi datang ke majlis kami. Ayahku dan Ayah Atan sekali lagi menjadi wakil kami memberikan hadiah kepada para tetamu. Akhirnya, turut diberikan sedikit wang sumbangan bagi sekolah tahfiz di Kampung Baru tu.
|
Setiap ahli jemaah pelajar tahfiz mendapat saguhati. |
|
Sorang sikit, hati kuman sama dicicah. |
|
Sumbangan untuk sekolah tahfiz diberi kepada Hj Abdul Razak. |
Taniah bro.. bila ni? sebelum Pak Atan fly ke Mekah la kan.. ada gambar dia tu.. :)
ReplyDeleteCerita lama, baru nak post...
ReplyDeleteOrait.. Roger bro!
ReplyDeleteAktiviti bersokan dan riadah dah mula semula?
Badminton dah start main sebulan. Tenis baru start last week.
ReplyDeleteSalam.nak contact no group tahfiz ni buleh x.insyallah nak jemput untuk majlis
ReplyDeleteMintak Maaf. Nombor Contact semua ustaz2 kat madrasah tahfiz ni saya dah tak ada. Hilang semua nombor pasal telefon lama saya rosak dan tak dapat nak retrieve balik nombor2 yg telah saya simpan.
Delete