Kenduri tahlil dan doa selamat di flat berlangsung dengan lancar. Setelah para jemaah makan dan pulang, kini tiba giliran kami pulak untuk makan. Habis kenduri sekitar jam 10 malam. Memang kami time tu tengah lapar, pasal dah lewat malam. Maka berpusu-pusulah masing-masing ingin mendapatkan makanan nasi beriyani kambing dan ayam. Yang makan lambat tu terpaksa mengorek-ngorek periuk bagi mendapatkan sisa-sisa kuah yang masih tinggal.
|
Faiisal dan Ali merenung ke bulan dan bintang. |
|
Lepas jemaah lelaki balik, barulah jemaah wanita keluar dari rumah. |
|
Bersama Kak Timah, Ika dan Adrian. |
|
Time kaum keluarga makan pulak. |
|
Mengorek lauk di celah-celah kuah. |
Walau pun macam tak cukup lauk, tapi asal dapat makan nasi cicah air mineral pun kira dah sedap amat dah. Semua orang tetap berwajah happy. Pasal makan bukanlah agenda utama pada malam tu. Yang paling penting ialah dapat baca doa dan berkumpul sanak keluarga semua.
|
Giliran yang datang lambat pulak makan. |
|
Tikar dibentang sepanjang koridor. Perhatikanlah... |
Macam biasa, aku akan terkam teh tarik dulu. Bergelas-gelas jugaklah teh tarik yang aku minum. Pasal teh tarik memang minuman kegemaran aku. Kuih-muih jugak ada. Jadi sambil minum teh, kami bedal jugaklah kuih serba sedikit yang ada sambil duduk bersembang. Cuaca masa tu agak tenang, walaupun sebelum majlis bermula, angin bertiup kencang sampaikan pokok angsana tepi flat mencondong 45 darjah. Tapi itu semua untuk seketika aje. Lepas kenduri, cuaca kembali normal. Kalau hujan pun, cuma renyai-renyai aje.
|
Dah sudah makan, duduk melepaklah dulu, sebelum berkemas. |
|
Nana, Syura dan Nicha. |
|
Aku sedang enjoy makan kuih kapit. Dan teh tarik pasti ada di sebelahku. |
|
Time kaum keluarga pulak nak bermesra dengan Ayah Atan. |
Masa berkumpul ramai-ramai macam nilah, segala topik seluruh dunia keluar untuk dibualkan. Yang remaja perempuan bersembang pasal anak patung Barbie Doll. Yang remaja lelaki bercerita pasal cara-cara untuk score semua A dalam SPM. Yang anak-anak kecil bawah 12 tahun bergebang pasal kehebatan Ben 10 menentang makhluk asing. Yang kaum ibu berborak pasal gossip Presiden negara Nigeria. Dan yang kaum bapa berkisah pasal kesedapan roti canai mamak kat restoran Jalan TAR.
|
Aku dan Abang Zahid dah kehabisan modal untuk bercerita. Sekarang pakat melanguk ajelah. |
|
"Mai secawan," kata Abang Zai mintak teh tarik. |
|
Berbincang adik beradik pasal kecanggihan telefon berteknologi hi-tech. |
|
Hidayat dan Faiisal sedang imagine berkelah kat tepi pantai. |
|
Suraya sedang hairan melihatkan kenapa kuih kapit berbentuk tiga segi dan bukan berbentuk lonjong. |
|
Cuba teka, tangan siapa yang masih ada bau kari kambing? Tangan Amin, atau tangan Ika? |
No comments:
Post a Comment