Hari Sabtu lepas, macam biasa kami berbuka dengan ayah mentuaku di rumah Kak Esah. Sebelum tu kami singgah di rumah Kak Long, sambil-sambil nengok cucu saudara kami yang baru dilahirkan oleh anak saudara sulung kami. Aku dah dapat gelaran 'datuk' tau? Yang original punya pulak tu. Kat kawasan rumah Kak Long di Kepong, aku dan biras aku, Abang Zai pergilah mencari juadah untuk berbuka puasa kat pasar Ramadhan. Ramai jugak orang yang mencari-cari dan merancang-rancang apa benda yang nak dimakan waktu berbuka nanti. Dalam banyak-banyak juadah tu, tak ada apa sangat yang menggugat selera aku melainkan agar-agar hijau dan air soya panas. Jadi, benda alah dua tu ajelah yang aku beli pun untuk dibawa ke rumah Kak Esah nanti.
|
Di sekitar pasar Ramadhan di Kepong. |
Di rumah Kak Esah ada Kak Uda anak beranak, ada Abang Karim anak beranak, ada Kak Piah dan Faiisal, ada jugak Abang Leman yang semuanya nak berbuka puasa dengan ayah Atan. Juadah kat atas meja pun ada macam-macam jugak. Masing-masing bawak serba sedikit untuk dimakan bersama-sama. Antara juadah yang ada termasuklah sup tulang, gulai asam pedas ikan pari, mi dan kuetiau goreng, ayam percik, pecal sayuran, bubur lambuk (bukan bubuk Lombok, bubur Lombok bahaya kalau anak-anak dara makan). Ada jugak kuih muih yang pelbagai. Masa masuk waktu untuk berbuka, lama aku termenung, ada kira-kira 45 minit jugaklah, memikirkan makanan apa yang nak aku jamah dulu. Akhirnya aku putuskan untuk berbuka dengan buah kurma dan air masak. Memang cukup kenyang makan malam tu.
|
Juadah berbuka puasa kali ini. |
|
Amin memastikan makanan cukup untuk diagih-agihkan. |
Kami bersolat berjemaah maghrib ketika perut tengah kenyang. Ada majlis tahlil dan baca Yaasiiiiin jugak. Nak terlentok jugak aku masa tu. Maklumlah, perut dah over loaded. Lepas selesai solat, termasuklah solat isyak, barulah kami sembang-sembang lagi dan makan-makan jugak lagi. Masa tu Kak Esah dah buat kopi panas, hitam pekat melekat dan ada gula. Memang ada makna! Mata aku yang kuyu mengantuk pun kembali segar. Bercawan-cawan jugaklah aku minum air kopi tu. Sampai naik hitam kulit aku dibuatnya. Bila waktu semakin larut, barulah masing-masing mintak diri untuk pulang ke rumah. Kali ni aku nengok makanan tak adalah yang terlalu banyak tersisa. Kira badjet kali ni memang canteekkk, tak ada makanan yang terbazir. Okay, minggu depan kami datang lagi untuk makan ramai-ramai macam ni lagi. Memang sangat-sangat seronok!
|
Faiisal datang lambat sikit, baru nak mula makan. |
|
Sessi makan selepas solat berjemaah. |
|
Tugasan kami selanjutnya - menghabiskan makanan di atas meja. |
|
Bersama Ayahanda Atan. |
No comments:
Post a Comment