Rumah terakhir yang kami pergi beraya pada 2 Syawal ialah rumah Pakcik Idrus atau kami panggil Wak Ros. Rumahnya terletak di Jalan Kampung Tengah, Assam Jawa. Masa kami sampai tu dah dekat nak maghrib. Tapi sempat jugaklah kami duduk-duduk bersembang, makan-makan kuih raya dan melayan anak-anak sepupu kami main i-pad.
|
Sedang makan-makan kuih. |
|
Kat sini pun ada teh tarik hebat jugak. |
Wak Ros nampak sihat. Isterinya, Wak Bun jugak nampak sihat. Masa kami sampai tu ada tetamu lain kat rumah Wak Ros. Ramai jugak orang kat rumah tu sedang beraya. Hujan masih sedang turun renyai-renyai. Biasanya kami kalau ke rumah Wak Ros akan berkeliaran kat kawasan laman sambil ambil gambar dan menengok tumbuhan dan haiwan yang melata. Tapi nampaknya kali ni kami tak dapat berbuat demikian sebab hujan. Jadi kami duduk kat rumah ajelah.
|
Amier dan dua pupunya. |
|
Sepupuku Rahid. |
|
Ibu ayahku bersama Wak Ros. |
Selain kuih raya, kami jugak dijamu makan pecal special yang jugak enak. Anak-anak tak kisah nak makan sangat. Semua sibuk main i-pad. Tak henti-henti main i-pad. Masa disuakan yogurt, barulah anak-anak berhenti main sekejap pasal nak makan yogurt.
|
Kami menjamu pecel special pulak. |
|
Hebat jugak juadah ni. |
|
Melayan anak-anak main i-pad. |
|
Amier dan Fahyim (anak Wadi). |
|
Semua orang terpegun dengan persembahan Amier. |
|
Masih main i-pad. |
|
Syahmie sedang memikirkan cara menggunakan kerusi secara kreatif. |
|
Farid di serambi waktu malam. |
|
Farid masih di serambi. |
|
Syahmie pulak di serambi. |
Bila tiba waktu pulang, kami pun bersalaman dan bermaafan dengan Wak Ros, Wak Bun dan seluruh keluarga yang kebetulan ada kat situ. Kat kampunglah kita boleh dengar orang-orang tua beraya minta ampun maaf versi panjang lebar. Meh aku ceritakan jenis-jenis katagori mintak maaf musim raya.
Golongan remaja sekarang:
"Bro! Kita kira kosong-kosong, kay?"
"Okay. Set. No hal punya."
Golongan awam (termasuk aku):
"Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Mintak halal makan minum ya?"
"Yalah. Saya pun sama jugak. Kalau ada salah silap tu kira mintak maaf ya?"
Golongan orang lama @ veteran:
"Saya mintak ampun maaf sejak dari zaman dinosaur dulu. Semua dosa-dosa dan kesalahan yang berlaku kira-kira pada zaman batu dulu seperti mengata, terkasar bahasa...... bla bla bla.... (Tiga jam kemudian). .... harap dapat dimaafkan ya?"
"Yalah. Saya pun sama jugak. Yang sejak zaman Jepun dulu tu... bla bla bla... (Lima jam kemudian). ...semoga dihalalkan lah ya?"
|
Bersalaman dengan Wak Ros. |
|
Kakakku dengan Wak Ros. |
Selepas solat maghrib barulah kami bersiap-siap untuk beredar. Kami
solat maghrib berjemaah dengan sepupu-sepupu dan makcik pakcik kami.
Bila dah maghrib, kat luar memanglah jadi gelap pasal malam dah
menjelang. Tambahan pulak lagi baru lepas hujan. Maka banyaklah serangga
dari luar rumah yang masuk ke dalam rumah, memenuhi ruang tamu tatkala
kami sedang bersolat. Serangga yang datang tu aku nengok macam semut
bersayap. Aku panggil serangga ni semut terbang aje. Bila dah selesai
solat, Wak Bun arahkan lampu di ruang dalam rumah dimatikan. Buka lampu
kat sebelah luar serambi. Jadi semua serangga pun beralihlah tumpuan
kat sebelah luar pulak, kat tempat yang ada lampu cerah.
|
Syahmie menunjukkan serombongan katak sedang menuju ke perkarangan rumah. |
Bila serangga dah banyak berkumpul kat sebelah luar, maka ini adalah habuan lumayan bagi katak-katak dari pelbagai spesis untuk berpesta makanan. Maka banyaklah katak dari segenap penjuru kampung yang datang bertandang untuk makan serangga yang berterbangan ni. Katak-katak dari kampung-kampung lain dan dari daerah-daerah lain pun turut hadir sama. Macam ada konferen katak-katak sedunia pulak. Antara jenis-jenis katak yang datang termasuklah katak biasa, katak pisang, katang puru, katak sawah, katak ong-ong, bull frog, katak beracun warna warni, serta tak ketinggalan katak cengkodok (jenis katak yang biasa orang buat ramuan masak kuih cengkodok). Suasana agak gamat dan mengerikan jugak. Especially bagi mereka yang gelikan katak.
Kami beredar dari rumah Wak Ros dengan berhati-hati. Takut-takut terpijak katak yang bertebaran atas tanah. Inilah first time kami beraya dalam suasana "meriah" macam ni.
|
Dalam bulatan merah: katak-katak yang hadir dalam pesta makan serangga |
|
Katak perasa cokelat. |
|
Katak ini sedang bersedia untuk menyerang hendap makan serangga yang berterbangan. |
No comments:
Post a Comment