Pemberian duit raya tahun ni ada macam-macam style-lah pulak. Satu lagi kaedah pemberian duit raya yang aku rasa sangat menarik dan agak kelakar adalah cara yang telah dilakukan oleh salah seorang birasku - Hasni. Mula-mula semua anak buah kena beratur panjang. Dekat lima kilometer panjangnya. Kemudian Pak Nyah Hasni pun buatlah pengumuman, "Kat sini ada dua jenis sampul. Dua-dua lain isi di dalamnya. Pilih hanya satu aje. Bila dah ambil satu, jangan bukak dulu. Bila semua dah pilih dan ambil, baru sampul duit boleh dibuka serentak".
|
Salleh mengepalai barisan panjang. |
|
Masing-masing beratur panjang sambil dada masing-masing berdegup cemas. |
Salleh tak sabar-sabar nak ambil sampul duit raya. Dia jadi orang yang pertama dalam barisan. Bila bertentang mata dengan Pak Nyah Hasni, Salleh kena buat keputusan - nak ambil sampul saiz besar atau sampul saiz kecil. Akhirnya Salleh ambil saiz yang besar dengan harapan duit di dalamnya jugak mempunyai nilai yang lebih besar. Dan anak-anak buah yang lain turut membuat pilihan masing-masing. Anak-anak aku jugak telah membuat pilihan masing-masing. Ada jugak toeri yang mengatakan sampul yang kecil berisi duit yang lebih banyak. Tak taulah sebenarnya macam mana. Kita tunggu dan lihat ajelah nanti.
|
Intan mengambil masa dekat lima jam untuk membuat keputusan. |
Setelah semua anak buah mengambil sampul duit raya, barulah Pak Nyah Hasni mengarahkan sampul dibuka serentak. Dan alangkah gembiranya bagi mereka yang telah memilih untuk mengambil sampul yang lebih kecil kerana nilainya satu kali ganda lebih banyak dari sampul besar. Sampul dan nilai sampul tak boleh ditukar lagi. Masing-masing kenalah redha dengan pilihan masing-masing. Itulah rezeki yang telah ditetapkan sebenarnya. Aku rasa kaedah pemberian duit cara ni memang sangat menarik. Macam main game-lah pulak. Duit raya yang dah dikumpul tu, dibelanjakanlah dengan cara yang paling bijaksana.
|
Ika membuat pilihan yang tepat - sampul kecil. |
No comments:
Post a Comment