Berita sedey untuk anak-anak semua! Tahun ni Pak Usu dan Mak Usu tak bagi duit raya kepada anda semua. Bukan pasal nak jimat kos perbelanjaan seharian. Bukan jugak pasal badjet telah diperuntukkan untuk perkara lain. Malah bukan jugak pasal Bank Negara dah kehabisan wang kertas baru. Tetapi.... tetapi pasal kami nak bagi anda semua "Dinar Emas" lah. Mau jadi orang Arab-lah. Ini idea wife aku, masukkan kepingan emas dalam bonjot. Berapa keping wang emas tu nanti kira sendirilah. Paling kurang satu keping. Satu keping wang emas sudah boleh beli sebiji basikal bmx. Bayangkanlah kalau lebih, boleh buat down payment untuk beli kereta! Apa-apa pun, tunggu ajelah pada hari raya nanti.
|
Kepingan emas dalam bonjot. |
|
Dinar emas... |
No comments:
Post a Comment