Rumah kedua yang kami pergi beraya pada 2 Syawal ialah rumah Makcik Mini kat Assam Jawa. Kami sampai rumah Makcik Mini kira-kira jam 3 petang lebih. Dan masa tu perut kami memang masih kosong lagi. Memang kami dah set appointment nak makan lunch kat situ. Dan kami dah pun order pesanan, masakan apa yang kami nak makan. Tapi atas sebab-sebab teknikal, kami sampai situ agak lambat sikit. Maka lagilah perut kami membuak-buak dengan jus gastrik, meminta makanan untuk cepat disalurkan ke dalam usus besar bagi meredakan gejolak di tembolok kami.
Makan kuih-muih selepas makan nasi power. |
Sedang menikmati teh tarik terhebat alaf ini. |
Kami sampai-sampai aje terus menghala ke dapur mencari-cari kat mana agaknya makanan yang telah disajikan tu. Dan akhirnya kami temui makanan sedang terhidang di atas meja bulat. Tanpa menunggu atau menyapa orang-orang di sekeliling, kami pun terus menggerakkan jemari untuk mencedok nasi dan menyuapkan juadah ke dalam mulut.
Apakah sebenarnya masakan yang kami begitu idam-idamkan tu? Apa lagi kalau bukan specialty Makcik Mini - daging masak lemak cili api dan ikan jeruk tenggiri goreng. Memang tiada tandingnya. Makcik Mini kalau masakkan kami masakan ni biasanya akan ada dua version. Satu versi kurang pedas, dan satu lagi versi pedas. Mak ayah aku biasanya tak makan pedas. Tapi sebenarnya yang pedas tulah yang lebih hebat rasanya, dan menusuk kalbu. Pernah sekali tu kami makan masak lemak yang pedasnya sampai ke otak. Bila dah menghadap juadah, maka bertambah-tambahlah kami makan, sampaikan Makcik Mini terpaksa masak lagi 10 kilo beras untuk menjamu kami sekeluarga yang tak lah seramai mana, tapi seleranya bagaikan selera dinosaur.
Sambil makan, sambil bersembang. |
Bila dah makan, kami semua tersandar puas. Tapi itu tak bermakna sessi makan-makan dah selesai. Ada satu lagi specialty Makcik Mini yang kami tunggu-tunggu. Itulah dia teh tarik special yang memang terhebat di Kuala Selangor. Sambil minum teh, sambil makan kuih raya. Berat kami yang dah ideal selepas puasa bulan lepas kini dah berubah menjadi overweight pulak. Masing-masing naik dekat sepuluh kilo beratnya. Malah masa kami naik kereta, keempat-empat tayar kereta siap pancit terus pasal tak dapat menampung berat badan orang-orang yang menaikinya.
Masa untuk beredar dan pergi beraya kat rumah lain pulak. |
Kami beredar dari rumah Makcik Mini selepas solat asar. Masa tu hujan mula melebat. Seperti yang aku cakapkan tadi, tayar kereta dah pancit. Jadi untuk menyelesaikan masalah beban kereta terlalu berat ni, maka kami sorang-sorang kena melabur dululah kat bank rumah Makcik Mini supaya berat badan masing-masing turun semula seperti yang asal. Lepas tu barulah kami boleh naik kereta dengan lebih selesa dan selamat.
Terima kasih kepada Makcik Mini sekeluarga kerana sudi melayan kerenah kami nak makan dan minum macam-macam. Bukannya selalu. (Nasib baik kami duduk jauh, kalau duduk dekat aku rasa memang tiap-tiap minggu kami mintak Makcik Mini masakkan juadah yang istimewa ni). Sebagai bekalan pulang, kami siap mintak Makcik Mini tapau-kan untuk kami air teh tarik hebatnya tu. Bergelen-gelen kami bawak balik. Tak cukup bekas kecil, kami masukkan pulak kat dalam baldi atau mana-mana aje yang muat. Nanti kat rumah boleh sambung minum air teh ni.
Hujan turun sewaktu kami nak beredar. |
Yana pakai payung pelik kebanggaannya. |
No comments:
Post a Comment