Ini memang cerita lama. Cerita masa bulan Ramadhan dulu. Suatu siang Khamis aku dapat sms dari wife aku, ajak aku dan anak-anak berbuka puasa di satu rumah anak yatim di Bukit Indah. Aku okay aje. Bagus jugak dapat meraikan anak-anak yatim. Cuma aku tak tau siapa yang organize majlis berbuka puasa ni. Rupanya, anak buah kami, Elin dan beberapa pensyarah yang lain yang membawa pelajar-pelajarnya di PTPTL untuk berbuka puasa dengan anak-anak ini.
|
Depan rumah anak-anak yatim Rumah Kasih Nurul Hasanah. |
|
Amier dan rumah anak yatim. |
|
Lokasi terperinci rumah anak yatim. |
Tempat anak yatim ni namanya Rumah Kasih Nurul Hasanah. Yang jaga tempat ni ialah Puan Shidah yang dibantu dengan beberapa ibu tunggal yang lain, kalau tak silap akulah. Penaung tempat ni ialah Ustaz Zul. Masa kami datang tu, Ustaz Zul tak ada kat situ. Rumah anak yatim ni yang lama dulu dah terbakar. Jadi dia pindah kat Bukit Indahlah. Rumah yang kat Bukit Indah tu rumah sewa sebenarnya. Kekadang jiran-jiran dan komuniti kat situ ada jugak membagi sumbangan berupa makanan atau keperluan-keperluan lain kepada rumah anak yatim ni. Tapi kebanyakan anak-anak yatim tu tak duduk kat situ sebenarnya. Cuma segelintir kecil aje. Tapi kalau ada apa-apa majlis keraian, memang dia akan buat kat situlah. Rumah Kasih ni jugak ada kalanya jadi tempat perlindungan isteri-isteri yang teraniaya.
|
Anak-anak yatim sedang makan nasi berlauk. |
|
"Ahh! Sedapnya lauk ini, macam rasa daging kijang", kata salah seorang anak-anak yatim kat situ. |
Masa kami sampai kat situ memang betul-betul tengah time buka puasa. Selepas berbuka puasa yang serba ringkas, kami bersolat maghrib di surau yang terletak berdekatan. Lepas tu barulah kami makan nasi berlauk. Masa kat sana aku agak blank jugak sebenarnya. Tak tau yang mana satu students, tak tau yang mana satu pensyarah, tak tau yang mana satu tuan rumah. Jadi aku bawak diri sendiri dengan anak-anak ajelah. Janji dapat makan, dapat jumpa anak-anak yatim, kira okaylah tu.
|
Makan time! |
|
Perut memang tengah lapar. Makan cukup berselera. |
|
Amier makan dengan lahap dan comotnya. |
|
Wanie pun makan comot jugak. |
|
Oren perasa strawberi yang berkhasiat. |
Selepas acara makan-makan selesai, tiba pulalah acara beramah mesra dengan anak-anak yatim serta memberi sumbangan kepada mereka. Anak-anak dapat duit raya sorang sedikit. Rumah Kasih tu pulak dapat hadiah sejadah dan beberapa perkara lagi. Aku nengok anak-anak yatim tu sangat happy dengan kedatangan kami serta pemberian yang tak seberapa tu. Kalau ada sesiapa teman-teman yang berminat nak tanam saham akhirat bolehlah buat sumbangan berupa apa saja ke rumah anak-anak yatim ni.
|
Ustazah Elin sedang memberi muqadimah majlis serta tazkirah. |
|
Inilah hadiah yang nak disampaikan kepada rumah anak yatim tu. |
|
Ramai jugak orang memenuhi ruang tamu rumah anak yatim. |
|
Sumbangan dari pelajar dan pensyarah. |
|
Sedang mendengar ceramah pasal menyelamatkan haiwan bernama dugong di dunia ini. |
|
Masih banyak lagi hadiah yang perlu diberikan. |
|
Pensyarah bagi hadiah kepada Puan Shidah. |
|
Anak-anak yatim beratur ambil duit raya. |
|
Anak yatim yang paling senior berusia kira-kira 16 tahun kalau tak salah aku. |
|
Lagi duit raya diagihkan. |
|
Ini duit raya dari pihak persendirian. Hebat sungguh pemuda tampan berhati mulia ni. |
|
Masih memberikan duit raya. |
|
Jurufoto profesional yang didatangkan khas dari overseas untuk mengambil gambar yang bersejarah ini. |
Setelah acara membagi-bagi hadiah, tiba pulaklah acara ambil gambar beramai-ramai. Macam-macam posing yang diaksikan oleh semua yang terlibat. Banyak jugak shot yang kami ambil sebagai kenangan. Ketika majlis mula nak bersurai, tetiba anak aku, Amier kata dia nak bergambar ramai-ramai dengan semua orang. Masa semua bergambar tadi, Amier duduk kat luar dan tak join sessi penggambaran. Amier menangis-nangis nak jugak bergambar dengan anak-anak yatim. Jadi kami berkumpul lagi dan bergambar lagi sampai Amier puas hati. Nasib baik semua orang sporting nak sokong permintaan Amier.
|
Masa untuk berdoa secara berjemaah. |
|
Amin, ya rabbal alamin... |
|
Beramah mesra dengan anak-anak yatim. |
|
Belum habis doa lagi. |
|
Sedang bersiap-siap untuk bergambar. |
|
Wajah ceria anak-anak yatim dan para pelajar. |
|
Masih bergambar. |
|
Memperagakan duit raya masing-masing. |
|
Abang-abang hensem PTPTL. |
|
Peace, no war! |
|
Rock, no stone! |
|
Juru gambar profesional pun teringin nak bergambar jugak. |
|
Waaahhh! Happy-nya mereka! |
|
Amier menangis pasal terlepas sessi bergambar tadi. |
|
Okay! Kita bergambar satu round lagi! |
|
Anak-anak yatim ni semuanya sporting nak bergambar dengan Amier. |
|
Peace bro. |
Setelah bersalam-salaman dengan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar PTPTL tu, serta mengucapkan terima kasih kepada semua, kami pun beredarlah pulang. Pelajar-pelajar tu pun pulang dengan menaiki bas persiaran. Ada juga beberapa pelajar yang lain pulang dengan kapal terbang, dan tak kurang jugak yang pulang menaiki kapal selam ke tempat pengajian masing-masing. Itu lah satu malam Ramadhan yang sangat mengujakan, terutamanya buat anak-anak yatim kat situ semua.
|
Selamat jalan. Lain kali datang lagi!!! |
No comments:
Post a Comment