Apakah yang paling menyeronokkan golongan kanak-kanak dan remaja ketika hari raya? Apa lagi, kalau bukan menerima duit raya. Bukan pun nak dibuat apa dengan duit raya tu, tapi entah kenapa menerimanya memang menyeronokkan. Tahun ni kami tak bagi duit raya macam biasa - duit kertas dalam sampul raya macam ang pau. Tahun ni kami bagi "dinar emas" (sebenarnya ala-ala dinar emas je). Mula-mula kami suruh semua anak-anak buah beratur panjang. Tak kiralah sama ada anak buah tu masih baby, kecil atau dah besar panjang, dah bekerja dan dah hidup senang lenang. Janji anak buah atau pasangan kepada anak buah. Pasal apa yang kami buat ni kira macam benda baru jugaklah. Jadi biarlah semua orang dapat merasakannya.
|
Aniza dan Pian penerima anugerah khas pertama di siang raya. |
|
Bersama Aniza - anak buah sulung. |
|
Bersama Zila pulak. |
Setelah barisan tersusun panjang, lurus dan rapi, barulah dinar emas dalam uncang cantik diagih-agihkan. "Satu untuk kamu, satu untuk kamu, satu untuk kamu," dan begirulah sampai habis semua anak buah dalam barisan. Wah, bukan main suka sekali diorang. Maklumlah, dapat uncang berisi emas. Boleh buat beli motor, kamera, handphone, komputer, i-pad baru! He he he... Tapi buat beli yang mainan ajelah.
|
Bersama Mukamil. |
|
Bersama Intan. |
|
Suraya punya giliran terima bunjut emas. |
|
Dengan Ika. |
|
Cucu saudara pertama kami - Syafika malu-malu nak ambil uncang emas. |
|
Pian memujuk Syafika untuk terima uncang emas. |
Ramai jugak anak-anak buah kami serta cucu saudara. Kira-kira semua mungkin ada dalam lima puluh orang kot. Ada di kalangan anak-anak buah yang bila mendapat aje hadiah uncang emas ni terus berasa terharu dan menitiskan air mata syahdu. Tak kurang jugak yang berasa teruja dan berbangga, siap buat ucapan penghargaan kat atas pentas. Dan yang selebihnya terlalu gembira sampaikan mereka bersembang mengenai pemberian itu tak sudah-sudah dan berpanjangan sampai ke hari esoknya. Baguslah kalau semua orang happy. Hari raya ni kan biar wujud suasana gembira. Tapi mesti ingat, ibadah yang lainnya mesti dimantapkan jugak.
|
Isteriku bersama Taufik, Akid, Faiisal dan Faridz. |
|
Taufik tak dapat menahan keterujaan ketika menerima uncang dinar emas ini. |
|
Kois malu-malu, tapi mahu! |
No comments:
Post a Comment