Hari raya ketiga kami ke Batu Belah, Kelang melawat sepupu ayahku yang kami panggil Bibik Saodah. Masa aku kecil-kecil, Bibik Saodah memang pernah jaga aku untuk seketika. Jadi kami memang rapat sangatlah. Suami Bibik Saodah bernama Paman Jaie. Paman Jaie memang jenis orang yang suka sangat berkebun dan tanam macam-macam jenis pokok, especially pokok buah-buahan.
|
Sabriena dan Bibik Saodah. |
Oleh kerana dah terlalu biasa dengan pakcik makcik kami yang ini, maka kami memang tak segan silu untuk terus menjamah apa saja benda yang terhidang di atas meja, sementara menanti Bibik Saodah menyediakan juadah utama sebagai makanan tengah hari.
Setelah seketika menanti, maka tibalah bihun goreng special panas-panas yang sangat menyelerakan. Ditambah pulak dengan ayam goreng panas-panas yang fresh segar dari ladang. Memang cukup berselera kami makan. Maklumlah, tengah lapar bukan kepalang. Masakan yang simple, tapi sangat enak.
|
Farid mencedok bihun goreng hebat. |
|
Mmmmm... sedap sungguh rasa bihun goreng ni. |
|
Memang jelas Yana sedang kelaparan. |
Selepas makan tengah hari, aku ajak Amier untuk nengok angsa kat kandang orang sebelah rumah. Dari tadi aku nengok Amier menghendap-hendap angsa yang sekor tu. Happy betul Amier dapat jumpa angsa yang memang ramah dengan dia. Kami tak jalan meronda sekeliling laman dan kebun macam tahun sudah, pasal takut Amier kena sengat serangga atau kena ulat bulu macam masa kat Kuala Selangor hari tu.
|
Amier di kebun buah-buahan. |
|
Angsa sekor ada kat kandang sebelah. |
|
Angsa jiran sedang mengintai Amier. |
Sedang kami beraya di rumah Bibik Saodah dan Paman Jaie, aku dapat panggilan telefon dari Kak Long isteriku. Katanya salah sorang pakcik wife aku baru meninggal dunia kat Johor. Mendengarkan berita itu, maka aku dan isteri pun berfikir untuk ziarah arwah kat Johor. Jadi, kami singkatkan raya kami di Batu Belah dan pulang ke rumah. Lepas tu barulah kami akan bertolak ke Johor. Sebelum tu sempatlah jugak kami bersalaman dan bermaafan sesama kami.
|
Sessi bermaafan ada kalanya agak emosi sikit. |
|
MInta diri untuk pulang. |
Macam biasa, kalau pulang dari rumah Bibik Saodah dan Paman Jaie, biasanya kami akan dibekalkan dengan hasil kebun. Tak kiralah sama ada sayuran atau buah-buahan. Kebetulan masa tu bukan musim buah. Yang ada cuma buah mangga panjang yang ada buahnya kekuningan. Semua buah mangga yang ada kuning-kuning walau sikit pun akan dikait oleh anak Paman Jaie - Khalid. Penuh satu karung plastik dengan buah mangga. Kami pun bawak balik dengan perasaan bangga dan teruja. By the way, masa kat rumah, kami test makan mangga tu, memang hebat sedap sunguh rasanya. Manis dan segar. Lebih sedap dari mangga yang dijual kat pasar. Okay, bila senang kami akan datang lagi. Mungkin pada kali yang lain, kami boleh angkut buah ciku, jambu madu, cempedak, pucuk gajus dan segala macam buah-buahan lagi. Terima kasih kepada Paman Jaie dan Bibik Saodah.
|
Khalid tolong jolokkan buah mangga yang rasanya sangat hebat. |
No comments:
Post a Comment