Kami bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang untuk ke Johor. Sampai Johor Bahru kira-kira jam sembilan lebih malam. Selepas menziarahi rumah Allahyarham Pak Long Leng, kami terus ke JB untuk bermalam di hotel milik mak saudara Seri. Nama hotel tu ialah J.A. Residence di Jalan Wong Ah Fook. Kami sewa dua bilik. Satu bilik untuk lelaki, dan satu bilik lagi untuk perempuan. Bilik yang sederhana besar tu kira agak selesa jugaklah untuk menempatkan kami semua bagi melabuhkan tubuh yang dah keletihan bermusafir dekat lima jam lamanya.
|
Ayah Atan dan Abang Khalid sedang bersantai di depan hotel JA Residence. |
Sebelum check-in dalam hotel, kami cari tempat makan malam dulu. Aku follow kereta yang Koas pandu. Mastermind nak cari tempat makan ialah Abang Khalid dan Abang Leman. Lalu bergeraklah kereta menuju tepi pantai di kawasan Danga Bay, JB. Kat situ memang ada tempat makan yang happening dengan pilihan makanan yang banyak. Okay. Dari jauh memang dah kelihatan. Sekarang tengah fikir macam mana nak pergi sampai ke sana. Lebuh raya dan jalan-jalan besar yang baru dibina memang banyak sungguh kat JB ni. Kalau salah masuk memang haru.
Kami buat satu pusingan untuk sampai ke tempat makan Danga Bay. Pusingan pertama, tersasar sampai ke Woodland, Singapore. Ahhhh... Patah balik. Buat satu lagi pusingan. Kali ni tersasar lebih jauh - ke Batam Island, Indonesia. Tak apa. Jangan putus asa. Patah balik dan buat lagi pusingan. Alamak! Makin jauhlah pulak tersasarnya. Dah sampai ke Phuket pulak. Okay. Last time. Kita patah balik dan try buat satu lagi pusingan yang akan membawa ke medan selera Danga Bay. Pusing punya pusing akhirnya masih tersasar lagi. Dan kali ni dah masuk jajahan London, Great Britain. Sebelum kami sampai lebih jauh ke New York pulak, akhirnya kami putuskan untuk patah balik dan makan kat restoran yang dekat-dekat dengan hotel aje. Dan akhirnya kami makan kat restoran mamak yang bukak 24 jam.
|
Menjamu selera di restoran mamak. Masa ni dah terlalu lapar pasal dah lewat malam. |
|
Koas dan mamanya. |
|
Nyom nyom nyom. Itu aje yang mampu diperkatakan. |
Di restoran mamak, masing-masing buatlah order untuk makan apa-apa yang patut mengikut citarasa tekak. Aku order maggi goreng dan teh halia. Sebelum tu, aku dan Koas telah parking kereta kat hotel dulu, selepas menurunkan penumpang kat depan restoran. Jarak restoran mamak tu ke hotel hanya sepelaung gorila aje. Memang dekat. Lepas makan, kami pun berjalan kaki balik ke hotel dan tidur dengan nyenyaknya.
|
Amier punya order nasi goreng cina sampai paling last sekali. Kesian dia. |
|
Giliran Amier untuk menjamah makanan. |
|
Di lobi hotel. |
|
Waktu pagi di bilik hotel. |
Pagi hari aku bangun dan mandi agak awal. Kira-kira jam 7.30 pagi, aku dan Ayah Atan turun ke bawah untuk makan sarapan pagi. Kami makan buffet. Memang tak banyak sangat pilihannya. Berpadananlah dengan bayaran yang dikenakan. Aku tak berapa lapar. Jadi aku makan memanglah tak banyak. Tapi ada jugaklah makan beberapa jenis makanan yang pelbagai. Ayah Atan makan lagi sikit. Dia makan baked beans dan minum secawan teh-o. Tu aje. Lepas tu kami pun naik atas ke bilik hotel.
|
Ayah Atan bersarapan ringkas aje pagi tu. |
Bila kami dah naik ke bilik, giliran yang lain-lain pulak turun ke bawah untuk bersarapan. Oh ya. Masa aku dan Ayah Atan ada kat bawah, kami terserempak dengan Abang Hairuddin (Pak Uda kepada Hafez-Huda) serta isteri dan anak-anaknya. Mereka pun bermalam kat hotel tu jugak. Mereka pergi berjalan-jalan kat Singapore rupanya sempena raya ni.
|
Sedang sarapan pagi. |
|
Sambil makan, sambil bersembang. |
|
Dah tak ada idea nak makan apa. Semua dah di-try. |
|
Aku tak join sarapan masa ni, pasal aku dah sarapan lebih awal. |
|
Amier gembira pasal dia dapat sarapan sosej. |
|
Abang Hairuddin dan isterinya yang kami jumpa di hotel ketika bersarapan. |
Apabila semua orang dah kenyang dan puas makan, barulah semua naik ke atas balik. Lepas tu kemas-kemas untuk pergi beraya di Ulu Tiram pulak. Aku sempat terlihat landmark utama Johor Bahru, iaitu pusat pentadbiran Bukit Timbalan. Dulu aku memang ada buat kajian sikit pasal JB ni masa aku belajar Senibina kat UTM. Tapi sekarang Bukit Timbalan dah tak berapa nak jadi landmark lagi dah. Pasal dah terlalu banyak bangunan baru yang tinggi-tinggi yang menyaingi kehebatan Bukit Timbalan. Aku jugak baru perasan yang Sungai Segget yang hitam dan berbau tu dah ditutup. Nampak gayanya macam dah lama sungai ni ditutup di bahagian atasnya. Dah ada landskap cantik. Bau busuknya dulu tu pun dah tak terhidu lagi. Waaah... maknanya aku memang dah betul-betul-betul-betul lamaaaaaaaa... sangat tak turun ke JB. Sampai dah tak berapa nak cam rupa JB lagi. Lepas check-out, kami pun bertolaklah ke Ulu Tiram untuk beraya di rumah pakcik makcik isteri dan ipar-iparku.
|
Sesudah sarapan. |
|
Melepak-lepak sambil menengok Jalan Wong Ah Fook. |
|
Orang tak ramai yang lalu lintas. Kenderaan pun tak banyak. |
|
Mengenangkan perubahan yang drastik yang telah berlaku di Bandaraya Johor Bahru. |
|
Pemandangan Bukit Timbalan dari bilk hotel. |
|
Jalan Wong Ah Fook. Sungai Segget telahpun ditutup di bahagian atas dan diindahkan dengan landskap. |
No comments:
Post a Comment