Ketika kami sedang beraya di rumah makcik kami di Batu Belah, Kelang, aku dapat satu panggilan telefon dari Kak Long isteriku. Katanya, "Pak Long Leng baru meninggal pagi tadi kat Johor. Cuma nak bincang kalau ada sesiapa kat KL yang boleh turun Johor jadi wakil sebelah KL." Pak Long Leng adalah abang sulung kepada Ayah Atan. Lalu aku maklumkan kepada isteriku. Kami akhirnya sepakat untuk terus bergerak ke Johor petang tu jugak. Setelah menanya adik-beradik yang lain, akhirnya yang ada kelapangan untuk ikut serta rombongan ke Johor adalah Ayah Atan, Abang Khalid, Abang Leman, Kak Esah, Koas, Kak Timah dan Kak Piah. Turut serta ialah Safiyah dan Amier.
Perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa lebih lama dari biasa. Lebuhraya jam kat kawasan Seremban, Melaka dan Johor. Kami sampai Stulang Darat, di rumah Allahyarham Pak Long Leng kira-kira jam sembilan lebih. Masa tu pihak keluarga Allahyarham baru lepas habis buat tahlil. Jenazah telah dikebumikan selepas asar. Aku memang tak berapa kenal sangat dengan anak-anak Allahyarham. Baru malam tu aku kenal salah sorang anaknya, Abang Suhaimi.
|
Kat belakang tu adalah sebahagian daripada cucu-cucu Allahyarham. |
|
Sedang berehat setelah jalan jauh. |
Kami bersembang panjang pasal macam-macam hal. Sambil tu turut beraya sekalilah. Setelah agak lama di situ, aku rasa lebih sejam jugaklah kami kat sana, kami pun mintak diri untuk beredar dan berehat di hotel yang telah ditempah di Johor Bahru milik mak saudara Seri. Amier dapat banyak duit raya masa kat situ. Tapi masa tu dia tengah mengantuk sangat, sampaikan dia kata banyak sangat duit raya. Dia tak nak terima. Yang dia nak cuma tidur aje. Jadi duit raya Amier, akulah yang tolong simpankan. Kami beredar mungkin sekitar jam sebelas kot.
|
Koas dan Abang Khalid. |
|
Abang Suhaimi yang pakai kupiah sebelah kanan tu. Yang pegang kamera tu adalah menantu Allahyarham. Namanya aku lupalah pulak. |
No comments:
Post a Comment