1 Syawal menjelang lagi setelah sebulan lamanya umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. Keluarga kami tak terkecuali menyambut hari yang penuh warna-warni ini. Amalan biasa kami pada pagi Syawal selepas solat sunat aidilfitri ialah berkumpul semua isi keluarga dan bersalaman sambil bermaafan. Dan turut ada acara bagi duit raya. Tahun ni adik aku ada bagi sedikit imbuhan sempena raya. Macam tau-tau aje yang aku memang tengah kering.
|
Ayah ibuku dengan cucu-cucu mereka. |
|
Tengoklah gaya cucu-cucu semua. |
|
Ini keluarga kakak aku. |
Tahun ni keluarga aku pakai baju biru. Itulah tema untuk tahun ni. Warna biru tu Amier yang pilih. Tahun ni memang kena giliran Amier untuk pilih colour. Kami beli baju warna biru pun kira last minute jugak. Nasib baiklah jugak ada baju biru untuk semua, walaupun dia punya kaler tak sebijik sama, tapi masih jatuh dalam kategori biru jugak. Ada biru laut, ada biru langit, ada biru nila, dan ada jugak biru lambang parti politik. (Biru lambang parti politik ada dua warna kan?)
|
Ini keluarga aku pulak. |
|
Amier buat gaya merdeka sempena bulan kemerdekaan Tanah Melayu ni. |
Entah kenapa pagi tu Amier macam tak berapa nak coorperate. Mungkin sebab dia tak berapa sihat kot. Dia baru baik dari demam sebenarnya. Jenuh jugak nak menyuruh dia bersalam dan bermaafan. Tapi duit raya naklah pulak, kan? Oleh kerana tema tahun ni biru, jadi kami telah memastikan semua benda yang bersangkutan dengan kami mempunyai unsur-unsur biru berdasarkan konsep kebiruan. Kami selalu mendongak ke langit melihat langit biru bagi memastikan kesinambungan warna biru pakaian kami dengan alam semesta. Satu-satunya lagu raya yang kami dengar ialah lagu "Sepasang Kurung Biru" nyanyian Khairil Johari Johar. Tapi lagu-lagu yang bukan raya ada jugaklah yang kami dengar. Antaranya ialah: Baldu Biru (Ella & Awie), Biru Mata Hitamku (Wings), Peronda Jaket Biru (Wings), Still Got The Blues (Gary Moore), Blue Moon (Frank Sinatra) dan banyak lagi lagu nyanyian kumpulan Blues Gang. Dan jenis-jenis makanan yang kami boleh makan cuma blueberry dan ikan 'blue'-kang. Aduh! Memang itulah diet kami pada 1 Syawal.
|
Raya tahun ni tambah sorang lagi ahli keluarga kami - baby Sabriena! |
|
Family kakak aku lagi. |
|
Adikku bergambar dengan kedua orang tua kami. |
|
Ini famili besar sebelah aku. |
|
Nengoklah gaya masing-masing yang pelbagai. |
Lepas bersalaman dan bermaafan, kami ambil group family photos. Tapi tahun ni payah sikit nak dapat ambil gambar yang formal sikit. Anak-anak dah semakin besar, dan masing-masing dah mula nak ekspresi diri masing-masing. Farid dengan gaya bukak mulutnya, Syahmie dengan piala dan cendera hatinya yang dibawak bergambar bersama, dan Amier dengan I-pad-nya. Korang tengok sendirilah macam mana gayanya anak-anak kami bergambar. Memang agak kecoh jugaklah.
|
Amier sedih. Tapi kami tak berapa nak faham kehendaknya. Mungkin dia tak berapa sihat. Baru baik demam. |
|
Dengan Wanie. |
|
Dengan Syahmie, dan piala. |
|
Dengan isteriku. |
|
Amier dengan kakakku. |
|
Amier dengan neneknya. |
|
Amier dengan datuknya. |
|
Ibuku dengan dua orang anakku - Wanie dan Sabriena. |
|
Giliran Syahmie bersalaman dengan neneknya. |
|
Syahmie dengan datuknya. |
|
Sabriena dengan nenek dan makcik bongsunya. |
|
Adikku, ibuku dan Sabriena. |
|
Farid dengan isteriku. |
|
Kakak aku pun dapat cenderahati dari Syahmie jugak. |
|
Isteriku dengan Amier. |
|
Isteriku dengan Syahmie. |
|
Wanie dengan mamanya. |
|
Anak saudaraku , Yana. |
|
Bersama adik tunggalku. |
|
Salam ibu. |
|
Salam ayah. |
|
Isteriku dengan adikku. |
|
Isteriku dengan ibuku. |
|
Kakak tunggalku dengan adik tunggalku. |
|
Ibu dan kakakku. |
|
Ayah dan kakakku. |
|
Kedua orang tuaku. |
|
Adik bersama ayah. |
|
Adik bersama ibu. |
Setelah selesai acara ambil gambar, barulah kami mula berangkat keluar untuk menziarahi makcik kami di Kampung Baru. Sebelum tu, kami turut kemas-kemas rumah dan ganti kain langsir kat ruang tamu. Bab vacuum karpet memang dan menjadi routine kerja aku setiap tahun. Dan tahun ni aku masih menyandang tugas yang sama ini. Okaylah, aku stop kejap. Masa untuk pergi beraya telah sampai. Balik dari beraya nanti aku sambung dengan cerita yang lain pulak.
|
Sabriena dengan neneknya. |
|
Sabriena dah celik besar. |
|
Yana dengan Sabriena. |
|
Syahmie menang hadiah sempena raya. Entah hadiah apa entah, aku pun tak tahu. |
No comments:
Post a Comment