Tahun ni kami berkumpul anak beranak di rumah kakak iparku di Ampang - di rumah Kak Timah @ Mak Teh. Konsep hiasan dalaman telah dikendalikan oleh Kak Piah. Dan tahun ni temanya adalah Al-Arabia. Kami semua tak sangka yang rumah Mak Teh akan dihias sedemikian rupa. Cantik dan menarik jugak konsep ni. Berlainan dari yang selalu-selalu.
Jadi bila kami jejak aje kat rumah, kami semua dah kena speaking Arab. "Ahlan wa sahlan. Anta apa khabar? Ana suka makan al-unta. Ini fadang fasir banyak fanas laa..." itulah ungkapan awal tatkala aku masuk ke rumah.
|
Tema Al-Arabia menguasai ruang angkasa. |
|
Cantik jugak hiasan dalaman ni. |
|
Rumah ni dihias dari siling sampai ke lantai. |
Aku terus duduk kat meja kaki pendek menjamah buah-buahan yang terhidang. Kemudian aku capai pulak biji badam, kuaci, buah teen, kacang pistachio dan juadah-juadah ringan lain yang ada di depan mata. Memang tak ada aktiviti lain. Mamah dan terus mamah sambil bersembang kosong. Juadah utama - nasi beriyani masih belum masak lagi. Jadi kami teruskan berlegar-legar dalam suasana Arab sementara menanti siapnya makanan tengah hari. Tapi bagi yang dah lapar sangat, bolehlah makan lontong dan ketupat dulu yang ada terhidang di dapur.
|
Melanguk tak tau nak buat apa lagi. |
|
Faridz angkat tangan nak jawab soalan, sementara Ardy ambil gambar cikgu. |
|
Ayah Atan dan Kak Long. |
|
Kois keletihan, dan Amier dengan i-pad-nya. |
|
Sabriena dan Ika. |
Sementara yang remaja dan dewasa bersembang pasal macam-macam hal, anak-anak kecil (termasuk Amier) lebih cenderung bermain dengan gadjet berteknologi tinggi seperti telefon bimbit canggih, i-pad, i-pod dan semua peralatan moden hebat yang aku nak menyebutnya pun tak pandai.
|
Flash camera ni sangat power - boleh pancar cahaya sampai ke planet Neptun. |
|
Yaya dan Ika - penggemar-penggemar baby. |
|
Kois dalam era 60an. |
|
Kois dalam era modern. |
|
Zila dan Ardi. |
Antara agenda yang berlangsung sepanjang kami berada di rumah Mak Teh ialah acara membagi duit raya kepada para hadirin yang datang. Acara ni memang digemari oleh semua hadirin yang datang, terutamanya kanak-kanak. Banyak ringgit yang diperolehi oleh kanak-kanak. Bila dikira-kira jumlahnya ada dekat dua tiga ribu jugaklah. Yang paling banyak dekat nak capai setengah juta. Waahhh! Memang sangat lumayan.
|
Seri sedang mengagih-agihkan duit raya kepada sanak saudara. |
|
Geng Nasi Beriyani yang dipimpin oleh Ayah Atan. |
|
Syura dengan adik Along Fahmi. |
|
Aktiviti bebudak - main gadjet canggih. |
No comments:
Post a Comment