Masa hari Rabu lepas, selepas solat zuhur, masa bulan Ramadhan, aku dengan wife aku ke Gemencheh nak ambil Syahmie yang belajar di MRSM di sana. Syahmie cuti raya lebih seminggu. Kami sampai kat MRSM waktu asar. Lepas solat asar, kami pun cepat-cepatlah berangkat ke Kuala Lumpur. Takut tak sempat maghrib nanti. Dalam perjalanan tu kami singgahlah kat gerai tepi jalan di Simpang Ampat. Wife aku ada beli beberapa barang cenderahati nak bagi kat kaum keluarga, ada jugak beli makanan untuk berbuka dalam kereta kalau tak sempat sampai KL awal. Sedang wife aku membeli belah, aku telah ternampak satu botol makanan pelik yang terletak bersebelahan dengan botol cencalok. Warnanya merah mengancam. Dalam botol tu ada sambal cili dan sotong entah zaman bila yang telah diperam sampai rupanya mengerikan. Memang sebijik macam makanan Fear Factor! Tapi itulah yang membuat aku nak tau apakah rasanya yang sebenar.
Bila kat rumah, aku tak sabar-sabar nak merasa makanan pelik yang baru kubeli tadi. Aku pun bukalah botol. Baunya agak semerbak, merebak ke segenap ruang angkasa sampai ke planet Marikh. Dan aku pun mengambil sedikit sampel makanan dan campurkan ke dalam nasi dalam pinggan ku. Kugaulkan ramuannya dan terus kusuap ke mulut. Mmmmmmmm..... Aahhhhh..... sedap jugak makanan pelik ni. Sedikit masin, sedikit pedas, dan amat mengerikan!!! Tapi aku puas hati pasal dah dapat merasa makanan ini yang kuberi nama "Cencalok Sotong".
Inilah rupa cencalok sotong. |
Jumpe kat mne ni bro?
ReplyDeleteKat gerai tepi jalan. Simpang Ampat. Try lah bro!
Delete