Selasa semalam aku dan isteri dapat jemputan berbuka puasa di Hotel Double Tree.Wife aku jalan kaki dari ofis ke hotel, pasal ofis duduk berdekatan. Aku pulak bertolak dari Ampang kira-kira jam 7 petang. Target sempat sampai sebelum waktu berbuka, pasal jarak Ampang ke Double Tree bukannya jauh sangat. Nak-nak kalau ikut Highway Akleh, lagilah cepat. Tapi apa yang aku plan tak sama dengan apa yang terjadi. Trafik memang tak jam langsung. Jalan clear. Tapi lepas aku parking kereta kat tingkat 6, aku pun pergilah ke lobi hotel untuk naik ke tempat makan di Ballroom. Alangkah terkejut beruknya aku melihatkan suasana yang berbeza di sekitar kawasan lif hotel. Kat kawasan lif pulak yang jam teruk. Siap ada pilis trafik lagi nak kontrol lalu lintas orang ramai yang nak naik turun lif. Oleh kerana terlalu lama kat kawasan lif tu, maka azan pun berkumandanglah sebelum sempat aku bersiap sedia dengan makanan di tangan.
|
Tertera nama company yang belanja kami makan. |
Sesampainya di Ballroom, aku terus mencapai apa saja makanan yang ada dan makan dengan rakusnya. Aku serang nasi putih dengan ayam masak lemak, dengan udang besar, dengan sayur kailan, dengan tahu lembut. Berselera betul aku makan. Sebenarnya kami dijemput oleh satu company yang buat Ramadan buffet untuk kenalan mereka. Kali ni aku makan taklah pulak terlalu banyak, sekadar ala kadar aje. (Tapi aku punya ala kadar lagi banyak kuantitinya dari orang lain). Kami duduk satu meja dengan Faiz dan suami, Ilme dan suami, Kak Zu, Kak Mona, dan Fauza dengan adiknya.
|
Saif, Ilme dan Kak Zu sedang menjamu selera. |
|
Saif geram nengok ayam kat pinggan dia yang tiba-tiba melompat nak lari dari pinggan. |
|
Fauzah dan adiknya turut hadir. |
|
Faiz dan Rizal. |
|
Raja Mona dan Faiz sedang menikmati juadah. |
|
Saif dan Ilme. |
Dalam dewan tu aku nengok memang ramai sunguh hadirin yang datang. Kebanyakannya ialah staff company yang ajak kami makan tulah. Semua orang makan dengan berselera sekali. Aku tak terkecuali. Hidangan kat situ kebanyakannya masakan Melayu. Tapi ada jugak sikit-sikit masakan western, iaitu roasted beef.
|
Ramai betul tetamu yang datang. |
|
Sebahagian dari juadah masakan Melayu. |
|
Dessert yang terhidang untuk dimakan. |
Selepas solat maghrib, kami sambung makan lagi serba sedikit. Tapi aku rasa agak kenyang jugak. Tak boleh nak sumbat banyak-banyak lagi. Ada satu juadah yang memang menjadi idaman kalbuku - pulut dengan kuah durian. Memang sedap betul rasanya. Aku rasa dia pakai durian jenis Musang King kot, pasal masa aku makan juadah tu, aku terjumpa beberapa helai bulu musang bersama dua batang gigi musang yang tercicir. Tapi aku tak peduli. Janji sedap dimakan, puas ditelan.
|
Pulut dan kuah durian yang kaw. |
|
Menengoknya aje dah cukup nak buat aku sendawa berbau durian. |
|
Mmmmm..... sedapnya. |
|
Sedap, tapi tak boleh makan banyak-banyak. |
|
Sedang berbual-bual pasal sukan Olympic. |
|
Makan dessert selepas solat maghrib. |
|
Masih banyak lagi kuih untuk dimakan. |
|
Terharu melihat kuih yang sedap terhidang. |
|
Semua sedap, nak pilih yang mana satu? |
Masa aku pergi surau untuk solat maghrib, aku terserempak dengan sepupu aku, Widi kat Restoran Makan Kitchen. Dia datang dengan isteri dan ibu mentuanya. Widi pun dibelanja oleh kawannya jugak. Aku nengok dah tersandar dia makan. Mungkin terlalu kenyang kot. Kami berangkat pulang kira-kira jam 9.00 malam. Tiba-tiba isteriku dapat panggilan dari Ilme. Ilme kata kereta dia tak boleh start pasal bateri dah weak. Kami tolong mereka sebentar sebelum pulang ke rumah dengan perasaan puas. Terima kasih kepada yang membelanja kami makan.
|
Sepupuku - Widi, terserempak di Restoran Makan Kitchen. |
|
Bersama Widi. |
No comments:
Post a Comment