Pada hari Jumaat lepas, aku anak beranak pergi berbuka puasa bersama ayah mentuaku di Gombak. Masa tu semua ipar-iparku turut ke sana pasal ada mesyuarat keluarga sikit untuk membincangkan beberapa hal. Apa-apa pun, bila azan berkumandang, kami buka puasalah dulu. Macam-macam juadah yang terhidang dibawa sorang sedikit secara pot luck ke rumah kakak iparku, Kak Esah, tempat kami berkumpul. Lepas kenyang makan, kami pun solat maghrib berjemaah dengan ayah mentuaku menjadi imam. Sejurus selepas bagi salam, kami terus bertahlil.
|
Abby dan Nana sedang berhempas pulas menjawab soalan yang sangat rumit ini. |
|
Ika dan Amin tekun menjawab soalan. |
Sementara menunggu panggilan untuk acara mesyuarat, kakak iparku yang lagi sorang, Kak Piah, yang jugak merangkap cikgu sekolah pada malam tersebut sahaja telah memberikan kami semua satu set kertas soalan STPMPABAS, atau ringkasan kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Peringkat Antarabangsa Alam Semesta. Satu set kertas soalan tu punyalah tebal. Macam novel dia punya tebal. Ada dekat kira-kira tiga ratus mukasurat. Waaahhh!!! Inilah soalan yang paling susah yang pernah kami cuba jawab, mengalahkan kepayahan menjawab soalah PMR, SPM, STPM dan soalan-soalan peperiksaan di universiti. Malah bagi kelompok yang ber-IQ tinggi macam Syafiq pun agak terkial-kial jugak nak menjawab dan menyudahkan kertas soalan tersebut.
|
Kak Piah selaku pengawas peperiksaan serta cikgu yang memantau anak-anak murid menjawab soalan peperiksaan. |
|
Syafiq tekun menjawab soala, manakala Akid cuba bertanya pada orang sekeliling. |
|
Suasana dewan peperiksaan yang agak kelam kabut sedikit. |
Masa yang diberi oleh Kak Piah untuk kami menjawab kertas soalan tersebut ialah 45 minit sahaja. Kalau tak dapat habiskan menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan, markah akan dipotong. Dan potongan markah bermula dari 10% hingga 90%, bergantung kepada tempoh lewat mengembalikan kertas soalan kepada pengawas peperiksaan - Kak Piah.
|
Abby tengah cuba menjawab soalan nombor 538. |
|
Akid dah nak give-up. Syafiq masih teruskan perjuangan. |
Berasap kepala kami ketika cuba menjawab soalan yang sangat mengelirukan itu. Ada di kalangan kami yang cuba meniru kawan sebelah. Ada yang cuba bukak buku teks nak cari jawapan. Tak kurang jugak yang main bincang-bincang jawapan dia. Mana Aci!!! Aku sendiri pun bagai mati kutu pasal tak tau apakah jawapan yang tepat bagi memenuhi tuntutan soalan yang diberikan. Pada dasarnya subjek peperiksaan ni berkisar soal perdagangan. Soal jenama barangan, khususnya barangan elektrik yang mendapat tempat di hati pengguna. Memang banyak soalan susah yang ditanyakan. Antaranya ialah seperti berikut:
- Apakah jenama peti sejuk kegemaran perdana menteri Nigeria?
-Berapakah purata harga telefon bimbit yang dimiliki oleh rakyat Nigeria sebelah selatan?
-Bagaimanakah cara warga Nigeria mengayat minah Melayu di dalam alam siber? Dan apakah jenama komputer yang sering digunakan oleh warga Nigeria itu?
Aku pun tak tau kenapa soalan tu banyak betul yang berkisar pasal Nigeria. Tapi ada satu soalan yang confirm aku dapat jawab dengan betul. Soalan itu ialah:
-Apakah maksud "AILAFYOBEBE?" Korang tau? Senang aje... Maksudnya ialah "I love you baby", frasa yang paling laris digunakan untuk memujuk awek Melayu. Tapi soalan ni tak ada kena mengena dengan barangan elektrik pulak.
|
Kak Piah cuba memberi penerangan kepada Syafiq yang merupakan best student pada malam tersebut. |
|
Kak Ogie, Kak Long dan isteriku sekadar memberikan sokongan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan. |
|
Yaya, bakal guru dapat ilham untuk bagi anak-anak muridnya soalan yang sama susah macam soalan ini. |
|
Sambil jawab soalan, sambil jaga baby. |
|
Eh! Tak aci!! Mana boleh cari jawapan kat internet. Nak bagi tau cikgu, Nicha dan Shakira meniru! |
Setelah bermesyuarat, bersembang, ulang-ulang makan sampai perut dah nak meletup, barulah masing-masing meminta diri untuk pulang ke rumah. Waktu dah dekat jam 12 malam rasanya. Tapi tak kisah, pasal esok harinya hari Sabtu, dan kebanyakan kami memang cuti hari Sabtu. Result untuk peperiksaan ni mungkin akan keluar pada hujung tahun ni kot. Aku memang berharap sangat aku dapat score A. Tapi kalau Syafiq yang best student tu pun tak konfiden nak dapat A, kami yang lain ni entah macam manalah pulak nanti. Minggu depannya kami akan berkumpul lagi. Kali ini untuk berhari rayalah pulak. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!
|
Akid dan Kois. Sama besar, sama bergaya. |
No comments:
Post a Comment