Pemburuan pingat emas sukan Olimpik 2012 diteruskan lagi hari ini di Titiwangsa Sports Centre, London dalam acara ping-pong perseorangan lelaki. Empat negara layak ke pusingan akhir. Negara-negara yang layak adalah Uzbekistan, Nicaragua, Guatemala dan pastinya Malaysia. Jaguh-jaguh besar dari China, Jepun dan Korea nampaknya telah tewas kepada underdogs pada pusingan awal lagi.
Perlawanan pertama adalah di antara aku yang mewakili Malaysia menentang Ali dari Uzbekistan. Aku tak ada masalah untuk menewaskan Ali. Perlawanan kedua adalah di antara Abang Zahid yang juga mewakili Malaysia menentang Syafiq dari Nicaragua. Abang Zahid juga menang mudah dalam perlawanan tersebut. Kemudian aku sekali lagi beraksi menumpaskan Akid dari Guatemala. Aku juga turut menumpaskan Syafiq dalam satu lagi perlawanan. Abang Zahid juga tiada masalah untuk menumpaskan jaguh-jaguh dari Uzbekistan dan Guatemala. Perlawanan di antara jaguh Nicaragua, Syafiq menentang jaguh Guatemala, Akid berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Syafiq. Kemenangan ini menjadikan Syafiq berjaya memungut pingat gangsa buat negaranya.
Jaguh-jaguh ping-pong pada pusingan akhir - Abang Zahid, Syafiq, Akid dan Ali. |
Perlawanan yang dinanti-nantikan adalah di antara dua jaguh Malaysia iaitu aku menentang Abang Zahid. Setelah beberapa kali menentang Abang Zahid, aku telah mulai faham corak permainan jaguh nombor satu negara itu. Kalau dulu aku tumpas kerana terlalu banyak menggunakan kudrat, kali ini aku bertekad menggunakan lebih banyak 'otak' dari kekuatan fizikal, Aku siap keluarkan otakku dari tempurung kepala aku dan aku letakkan di atas meja ping-pong. Strategi aku berjaya. Kami bersaing dengan sangat sengit. Semata demi semata kami berkejaran. Di hujung-hujung game, fokusku mulai hilang sehinggakan Abang Zahid berjaya memintas kutipan mataku sehingga aku tewas tipis pada game pertama.
Pada game kedua, aku mula hilang sabar dengan teknik permainan menggunakan otak. Tambahan pulak aku semakin rimas melihat lalat dan langau asyik menghurungi otakku yang terletak di atas meja tadi. Lalu aku masukkan balik otakku ke dalam kepala ku yang semakin botak. Perlawanan game kedua dimulakan. Kali ini aku dengan kaedah lamaku, menggunakan kekuatan fizikal yang memang terbukti kurang memberi impak. Aku tewas mudah kepada Abang Zahid dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak. Namun aku tetap berbangga kerana pingat emas jugak telah digondol oleh pemian dari Malaysia, yang melengkapkan jumlah pingat mutlak buat Malaysia - satu perak dari badminton, satu gangsa dari akuatik, satu emas dari ping-pong.
Gambar kenangan setelah tamat perlawanan. |
Turut menjadi tumpuan adalah perlawanan di antara jaguh Uzbekistan menentang jaguh Guatemala bagi merebut pingat timah. Perlawanan sengit menyaksikan Ali menentang Akid. Game pertama dimenangi oleh Ali. Ini adalah kali pertama Ali memenangi perlawanan menentang jaguh-jaguh besar. Dan game kedua dimenangi oleh Akid pula. Keputusan seri ini menyaksikan pingat timah dikongsi oleh dua orang pemain hebat ini. Kesemua pingat telah diberikan oleh Ratu Elizabeth kepada para pemain. Masing-masing telah pulang ke negara masing-masing setelah temasya ping-pong ini tamat. Kita akan berjumpa dan bertarung lagi pada Kejuaraan Dunia pada tahun hadapan pula. Selamat berjuang.
Abang Zahid dan Syafiq berkongsi minat yang sama. |
Syafiq sedang mengagumi kehebatan teknologi bat ping-pong yang aku gunakan. Ia mempunyai cip komputer bagi mengesan kelajuan dan arah putaran bola ping-pong. |
No comments:
Post a Comment