Hari raya kedua, kami beraya pulak di kampung ibuku di Kuala Selangor. Mula-mula kami ke Bukit Gadong, ke rumah nenek saudara kami, Nek Wok. Nek Wok adalah satu-satunya ibu saudara ibuku yang masih hidup. Jadi kami pun ke sanalah melalui DUKE, NKVE dan LATAR. Selalunya kami akan sesat barat kalau nak ke rumah Nek Wok. Tapi kali ni dah tak sesat lagi. Cuma terlajak sikit je.
|
Aktiviti makan-makan di rumah Nek Wok. |
|
Kerepek dan kuih-muih semuanya laris. |
Sampai-sampai kami disambut oleh Pakcik Banuri. Masa tu ada jugak tetamu lain yang datang menziarah. Ibuku bersembang dengan Nek Wok. Ayah ku duduk bersembang dengan pakcik mana entah yang aku tak kenal. Aku bersembang dengan Pakcik Banuri. Yang lain-lain yang tak bersembang tu apa lagi, menghabiskan kuih kat balanglah!
|
Amier melayan i-pad berseorangan. |
|
Sabriena sedang rehat. |
|
Sabriena gembira dapat pergi rumah moyang saudaranya. |
|
Sabriena tetap gembira walaupun tak dapat makan kuih raya. |
Setelah agak bosan duduk kat dalam rumah, aku ajak Amier pergi kat kawasan laman nengok pokok-pokok serta haiwan melata. Memang aku dan Amier cukup sukakan alam semula jadi. Dalam pada tu aku masih berwaspada pasal kat tempat semak belukar macam tu kadang-kadang ada binatang berbisa atau makhluk-makhluk yang tak dikenali.
|
Amier bergambar di balik pokok sawit. |
|
Ini kawasan kebun hidroponik. Sayur-sayur hidup subur. |
|
Amier di hadapan rumah Nek Wok. |
Tiba-tiba aku ternampak sebatang pokok belimbing buluh yang masam buahnya. Buah yang bergayut kat pokok tu punyalah banyak dan besar-besar. Malah banyak jugak yang jatuh gugur pasal tak dipetik. Aku bagi tau ibuku. Ibuku mintak izin dari tuan rumah untuk ambil sikit buah belimbing tu. Setelah diperkenankan, aku ajak pulak Syahmie untuk sama-sama petik buah belimbing dan masukkan ke dalam karung plastik. Banyak jugak hasil yang berjaya kami tuai. Buah belimbing ni kalau masak lemak memang kaw habis. Itu yang buat selera bertambah-tambah.
|
Memetik buah belimbing. |
|
Banyak buah yang kami perolehi. |
|
Bab-bab petik buah kat pokok ni memang menjadi kegemaran aku. |
|
Amier dan buah belimbing. |
|
Inilah hasil yang kami perolehi. |
|
Bergambar dengan pokok cili padi. |
|
Di kawasan taman. |
|
Dekat ladang kelapa sawit. |
Kami terus bersiar-siar kat laman yang menghijau tu. Lepas tu isteriku kutip beberapa biji batu kerikil dan dibuat main batu seremban. Wanie dan Amier pun turut main sama dengan penuh semangat. Lepas tu kami masuk balik ke dalam rumah setelah penat. Tetiba kami nengok badan Amier naik kemerah-merahan. Ruam mula naik kat seluruh badan Amier, sebegitu cepat sekali. Kami semua jadi tertanya-tanya, macam mana boleh jadi macam tu. Ada yang kata mungkin Amier kena sengat serangga atau kena bulu ulat bulu. Kulit Amier jadi panas sikit-sikit. Alamak! Mood raya kami sedikit sebanyak telah terjejas. Jadi kami putuskan untuk terus berjumpa doktor di klinik mendapatkan nasihat dan ubat.
|
Ada bunga pelik tumbuh atas tanah. |
Syukur, ada sebuah klinik yang buka di pekan Ijok. Doktornya orang India. Dia kata itu tanda alahan. Amier tak demam, maka doktor menafikan itu akibat kuman denggi. Doktror lalu bagi Amier makan ubat alahan dan suruh Amier berpantang dari makan daging, ikan dan telur. Okaylah. Buat masa ni kami akan pantangkan Amier sampailah dia sembuh. Lepas pergi klinik, kami sambung pergi beraya rumah orang lain pulak.
|
Main batu seremban. |
|
Amier main batu seremban sampai bersepah-sepah batunya. |
besh aaa kmpng kamu, keluarga semua sihat2 ek...slmt hari raya :p
ReplyDelete