Perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur bermula selepas kami pulang dari menziarah jenazah di Stulang Darat. Sedikit sebanyak aku rasa mengantuk jugak drive petang-petang hari. Di R&R Pagoh kami berhenti seketika untuk minum dan makan petang. Aku order nasi goreng, dan pekena air panas. Segar sikitlah. Lepas makan, aku nengok maghrib pun dah macam nak menjelang. Okaylah. Solat dululah baru teruskan perjalanan.
|
Dah sudah makan dan minum. |
|
Menghayati bunyi burung-burung berkicau kat pokok waktu senja. |
Di R&R Pagoh waktu maghrib, banyak sungguh burung dari pelbagai spesis berterbangan dari kejauhan dan hinggap bersarang di pokok-pokok tepi lebuhraya. Hingar bingar jadinya suasan kat situ. Amier siap tutup telinga. Mula-mula aku ingatkan burung walit. Tapi bila aku amat-amati, macam bukan aje. Abang Leman kata itu burung tiong. Abang Khalid pulak kata itu burung gembala kerbau. Adik beradiklah tu kan?
Sekali lagi aku berhenti kat R&R setelah agak mengantuk bila memandu. Aku beli minuman dan jagung cawan kat stesen minyak Petronas. Dan dari sini aku terus memandu sampailah ke KL, sampai balik rumah. Memang penat betul. Tidur pada malam tu pun agak awal jugak.
|
Koas dan Kak Esah. |
|
Kak Esah sedang buat kelakar zaman Jepun. Ayah Atan pun ketawa. |
|
Ibu dan anak. |
|
Koas, Abang Khalid dan Abang Leman. |
No comments:
Post a Comment