Rumah terakhir yang kami pergi beraya pada Syawal pertama ialah rumah Kak Long di Kepong. Tapi sebelum tu kami sempat juga singgah beraya kat rumah jiran kami, Encik Azlan. Kami ke rumah Kak Long selepas solat maghrib. Masa tu masing-masing dah agak kepenatan. Malah Kak Long sekeluarga jugak nampaknya keletihan kerana pada malam raya kebanyakan kami tidur agak lewat. Tapi raya punya pasal, kami ketepikan soal penat dan letih. Yang penting dapat berkumpul, bersembang dan beramah mesra.
|
Ayah Atan bersama Kak Esah. |
|
Syahmie, Kois dan Abang Leman. |
|
Abang Karim baru sampai. |
Banyak jugak juadah kat rumah Kak Long yang dihidangkan. Tapi aku secara peribadi dah agak kenyang pasal dah makan macam-macam kat rumah. Jadi minat ku cuma nak minum air aje. Dan kalau ada juadah yang ringan-ringan macam maruku dan kacang, itulah jenis makanan yang aku makan. Kat rumah Kak Long kami semua asyik menonton tv aje. Masa tu tengah main cerita Vanila Cokelat Raya kat TV3. Layan ajelah sampai habis.
|
Amin dengan Syura sedang berusaha keras untuk menghabiskan semua juadah yang terhidang. |
|
Semua sedang menonton cerita Vanila Cokelat Raya di TV3. |
|
Adam tengah malu nak bergambar. |
|
Mukamil dan Adam. |
|
Abang Zai dan Akid. |
|
Ayah dan anak bongsu. |
|
Bersama ayahanda tercinta. |
|
Ashraf - long time no see! |
|
Faiisal dan Ashraf. |
Setelah agak lama menonton tv, bersembang dan makan-makan, Faridz tiba-tiba mengeluarkan set bunga api yang diimport khas dari Russia. Mula-mula ingatkan nak pasang bunga api roket yang sebesar balak. Bunga api jenis tu kalau dipasang akan terbang tinggi ke angkasa dan bila meletup boleh tenggelam satu Singapore. Jadi, memikirkan bunga api jenis tu terlalu bahaya untuk kanak-kanak, maka Faridz akhirnya sekadar memasang bunga api kecil jenis tembak dalam sepuluh das. Bunga apinya pun tak merebak luas di udara. Sekadar celepus-celepus aje lagaknya.
|
Bulatan merah: bunga api yang dipasang Faridz. |
|
Ayah Atan bersama Abang Leman. |
Kemudian ada jugak satu acara baca doa selamat oleh Ayah Atan. Dan lepas tu sambung lagi makan minum dan sembang kosong. Sampailah jam menunjukkan waktu hampir pukul 12 malam. Tuan rumah pun mestilah nak rehat jugak, selain kami jugak semakin letih. Dan lepas tu masing-masing pun mintak diri untuk pulang ke rumah. Okay, kepada semua kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.
|
Ika baru nak makan. |
|
Faiisal, Ashraf dan Kois. Amier pulak tengah tidur kat belakang. |
|
Aku punya turn nak bergambar dengan Kois. |
|
Sekarang giliran Kois nak bergambar dengan aku pulak. |
|
Ardi tengah mengasah ketajaman kameranya. |
|
Syura dan Thaqif. |
|
Akid dan adiknya Mukamil. |
|
Adam masih malu nak bergambar, walupun telah dipujuk oleh Mukamil. |
|
Thaqif - si Raja Senyum. |
|
Akhirnya Adam bagi jugak satu pose istimewa. |
No comments:
Post a Comment