Semalam aku bawak lagi anak-anak buahku, Faiisal, Ali dan Hidayat pergi training tenis kat Tasik Titiwangsa. Bukan training dalam tasik. Training atas court tenis lah. Kami sampai lewat sikit dari jam 8 pagi. Stretching lebih kurang, lepas tu aku terus bagi muqadimah pasal cara membuat hayunan maut untuk memukul bola. Dan kemudian terus praktikal. Masa buat training forehand top spin, aku nengok yang paling konsisten dan steady sekali ialah Hidayat. Dia kontrol bola cantik. Faiisal kekadang okay, dan kekadang tak okay. Ali pulak masih banyak latihan kena buat. Koordinasi tubuh dengan lantunan bola masih belum difahami. Lepas tu buat praktikal pukul backhand top spin pulak. Ketiga-tiga anak muridku masih tak berapa faham kaedah pegang reket dan gaya hayunan yang sepatutnya dilakukan. Bola pukulan banyak yang pergi liar. Cuma Faiisal aje yang sesekali membuat pukulan backhand slice yang agak cantik. Pukul slice aku tak ajar diorang. Yang ni aku nak diorang belajar sendiri semasa bermain nanti.
|
Abang Hj Nordin tengah nak buat servis mautnya. |
|
Foong dengan servis spin lencongnya. |
Lepas tu kami pun mainlah. Faiisal geng dengan Hidayat, dan aku geng dengan Ali. Permainan sangat sengit. Bola yang di-serve oleh anak-anak buahku selalu sangkut kat net. Selalu team lawan dapat markah percuma. Namun demikian, ada sekali Faiial berjaya mengenakan service ace kat aku. Terkejut jugak aku pasal aku tak jangka Faiisal akan buat servis laju yang sukar diambil. Kedua-dua pasukan saling saing bersaing sehinggakan pemenang perlu ditentukan dengan "tie-breaker". Akhirnya team aku dan Ali menang tipis. Jadi kami menanglah set tadi 7-6.
|
Para pemain sedang beraksi. |
|
Hidayat menanti bola volley untuk dihentam. |
Lepas tu geng-geng tenis aku, Abang Hj Nordin dan Foong pulak datang join main sekali. Kami pun bermain beberapa set dengan enjoy sekali. Aku memang cukup suka bermain tenis dengan kedua-dua jagoan tenis yang bermain dengan teknik yang baik ni. Aku jugak memberi peluang kepada Faiisal dan Hidayat untuk bermain dengan pemain-pemain tenis yang hebat ini. Bermain dengan orang-orang yang hebat, kita akan cepat jadi hebat.
Daripada pemerhatian aku, Hidayat dapat pukul bola dengan lebih relaks dan kontrol bola dengan baik. Malah Hidayat jugak telah dapat bermain volley dengan baik walaupun aku tak ajar lagi pasal volley dengan lebih terperinci. Hidayat jugak dapat return bola servis spin Foong dengan baik. Aku pun masa mula-mula main dengan Foong tak dapat ambil servis lencong dia dengan kemas. Tetapi Hidayat dapat melakukannya. Faiisal jugak ada kelebihan dia sendiri. Bola top spin lob yang Abang Hj Nordin bagi sebelah kiri court, Faiisal berjaya smash dengan baik. Dua kali dia buat macam tu. Dan Faiisal jugak ada membuat beberapa pukulan return yang hebat ketika bermain. Cuma yang peliknya, kalau bagi dia bola simple, dia kantoi. Kedua-dua Faiisal dan Hidayat cuma ada problem dari segi servis. Servis asyik sangkut kat net aje. Rugi markah kalau asyik dapat double fault aje. Dan kedua-dua mereka jugak agak gabra bila nak ambil servis pihak lawan, especially Faiisal. Walau bagaimana pun, aku bangga dengan kedua-dua mereka kerana cepat belajar apa yang aku ajar. (Nengok siapa yang ajarlah kan, kan, kaaaannnnn... he he he). Shot of the day pada hari semalam telah dilakukan oleh Faiisal ketika return servis kencang aku yang sukar. Tetapi Faiisal dapat membalas dengan pukulan cantik yang jugak kencang dan tak dapat aku return.
|
Ali balik awal pasal kena pergi Hari Sukan sekolah dia. |
Okay! Dah cukup kena puji. Minggu depan Pak Usu (akulah tu) nak nengok Faiisal, Hidayat dan Ali improve top spin. Setakat semalam, bola yang korang pukul masih tak ada spin lagi. Pemain tenis kalau nak jadi pro mesti pakar buat top spin. Okay? Ada faham? Okay, sekarang korang boleh lari keliling tasik Titiwangsa sepuluh round, pumping seratus kali dan lepas tu balik jalan kaki sampai rumah. Jumpa lagi minggu depan, dan jumpa pulak kita kat gelanggang Roland Garros dan Wimbledon lepas ni.
|
Faiisal, Hidayat dan Ali. |
|
Bersama Abang Hj Nordin dan Hidayat. |
|
Abang Hj Nordin sedang bagi perangsang kepada kedua-dua Faiisal dan Hidayat. |
|
Abang Hj Nordin suruh anak-anak buahku tinggalkan badminton, main tenis aje sepanjang hayat. |
|
Banyak kami boleh belajar dari Abang Hj Nordin yang murah ilmu ni. |
No comments:
Post a Comment