Pada hari Jumaat malam lepas, aku berkesempatan berjumpa dengan kawan Facebook aku yang menggunakan nama Ab Salim. Kami sering berinteraksi dalam laman sosial tu. Tapi langsung tak pernah berbual dalam telefon, apa lagi bersua muka.Walaupun aku tak pernah berkenalan dengan Ab Salim sebelum ini, tapi beliau bukanlah orang asing dalam keluarga isteriku serta ipar-iparku. Beliau bolehlah dikategorikan sebagai adik-beradik angkat ipar-iparku.
Pada malam hari Jumaat tu, Ab Salim, atau nama panggilannya Dollah, hadir ke majlis tahlil ibu mentuaku yang baru meninggal dunia siang harinya. Pertemuan dengan Ab Salim memang menggembirakan. Tapi aku membayangkan pertemuan dalam suasana yang ceria, dan bukan dalam suasana sugul seperti ini. Sesudah tahlil, Ab Salim meminta diri untuk pulang. Pertemuan yang singkat tapi sangat bermakna buat aku.
Bersama Ab Salim @ Dollah. |
Haiyaa..
ReplyDeletesinang cakap haa, olang selalu main tenis memang lagi taf dali olang tutuk tiam-tiam tala exesais
telima kasih manyak blader Adi!