Sabtu - siangnya jenazah Bonda Rahmah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Kosas. Kebetulan pada hari Ahadnya, salah seorang cucu Almarhumah, Elin akan ditunangkan dengan pilihan hati. Mahu tak mahu, berat tak berat, persiapan terpaksa jugaklah diteruskan. Pasal dulu majlis ni pernah ditunda sekali. Ipar-iparku tak sempat rehat, terus ke rumah Kak Uda, bersiap-siap untuk majlis pertunangan Elin esok siang. Masing-masing keletihan, tapi terus tekun bekerja, saling bantu membantu sesama keluarga agar majis esok berjalan lancar.
Pada malam itu juga, kami mengambil kesempatan untuk bertahlil dan membaca doa selamat. Atuk Atan memimpin majlis yang disertai oleh hanya ahli keluarga kami yang ramai sahaja. Majlis tahlil dan bacaan Yaasiiiiin dilangsungkan dengan ringkas. Kemudian acara makan. Zuan dan Seri bermurah hati menaja makan malam kami. Semoga rezeki mereka berdua lebih murah dan berkat.
|
Amier kena usik dengan Kois, terus buat muka monyok. He he he... |
|
Wanie, duduk diam aje kat majlis tu. |
|
Wanie dan Syahmie, sedang lapar yang amat sangat. |
|
Kois dan Along. Eh, siapa nama Along tu ya? |
|
Brader Hasni dan kucing jalanan. |
Majlis tahlil diadakan di sekitaran rumah Kak Uda. Tiga buah khemah telah didirikan. Tak jauh dari khemah ada sebuah restoran mamak. Kalau tak cukup makan, boleh order aje kat kedai sebelah. Main laung aje, dan order pun sampai. Juadah yang disediakan termasuklah mi rebus, sate ayam dan daging, serta kuetiau goreng. Sampingannya ada kuih muih dan buah pisang. Air minumnya pulak ada kopi kaw dan teh tarik extra kaw yang sangat laris pada malam itu. Kami pulang ke rumah lebih kurang hampir jam sebelas malam dengan berasa sangat penat.
|
Abang Zai dan Abang Zahid. |
|
Nicha makan mi rebus tak ajak orang. |
|
Suraya, Shasha dan Norin. |
|
Syura dan Nana gembira pasal perut dah kenyang. |
|
Pak Tam dan Faridz. |
|
Pak Usu Adi. Eh! Itu akulah!!! |
|
Ada cawan polisterin melekat kat mulut Wanie. Adoi! |
|
Saiful dan Thaqif - dua orang brader. |
No comments:
Post a Comment